Tuesday, 22 November 2011

Dosa, Taubat, Hijrah


Kehidupan kita tak lari dari kesilapan, khilaf, dosa dan seangkatan. Namun, sejauh manakah kesedaran kita terhadap dosa yang telah kita lakukan? Ya Allah ya tuhanku, sudah tinggi menggunung dosaku.. Apakah engkau masih lagi menerima taubatku Ya ALLah..?

Hijrah. apakah itu HIJRAH?
kita selalu fikir, hijrah tu ialah perpindahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah.. 

hmm sebenarnya, hijrah ialah Perpindahan dari suatu keadaan kepada satu keadaan yang lain sepsifiknya dr suatu keadaan kepada keadaan yang LEBIH baik. Berhijrah ini bukan lah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan determination and persistence yang sangat tinggi. 

Kenapa sy berkata begitu? kerana sy sedang menghadapinya sekarang. utk buat masa yang awal anda mungkin akan gagal. itu adalah kerana anda tak kukuhkan pendirian anda Maka anda MESTI mengukuhkan pendirian dan jati diri anda walaupun ape yg berlaku. 

Berhijrah memerlukan pengorbanan tak kirala la sacrifice masa, duit malah mungkin orang yg anda sayangi... tapi anda kene yakin, bahawa setiap pengorbanan yang anda lakukan ke jalanNya pasti akan di balas dengan sesuatu yang lebih baik.Bersangka baiklah kepada Allah, sesungguhnya Dia maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Dia amat menyayangi hamba hambanya yang sanggup berkorban demiNya..

Selain dr pengorbanan, apabila ingin berhijrah, anda mungkin akan terpaksa menghadapi tohmahan atau kata2 nista dari manusia.. Ada yang akan kata "dah la weh, kau x sesuai la jadi cmni" atau mungkin "kau x ready lagi utk jadi baik" lantas anda nak reverse balik ke diri anda yang asal. oh apekah? Jangannn  jangan cenggitu...
Seorang sahabat sy ada bagitaw 
"Kenapa kau nak malu untuk membuat kebaikan? Tak perlu malu untuk membuat kebaikan. Kelak nanti Allah akan malu dengan kita di Akhirat kerana kita membuat kebaikan demiNya"
Janganlah malu untuk buat kebaikan, tetapi malulah untuk melakukan maksiat. 

Mungkin juga ada yang terfikir begini:
"Buat apa nak bertaubat? aku da memang banyak dosa da pun, mesti Allah da x nak terima taubat aku, banyak sangat dosa aku...."
Ya pasti semua orang pernah melakukan maksiat.Tetapi, lupakanlah yang lepas dan buka lembaran baru. Mintalah keampunan daripada ALLAH atas dosa dosa yang lalu sambil reimburse dosa dosa tersebut dengan amal kebaikan. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha Penyayang.


Sekian untuk kali ini.....

Katakanlah : Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan maksiat), jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah, keraa sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Zumar:53)

Awak, jum ikut sy berhijrah.....

Thursday, 1 September 2011

Giant Rat

dead rabbit i found by the roadside
innalillahiwainnailaihirajiun
Setiap yang bernyawa pasti akan mati
Al-Imran:185

Hendaklah kita sentiasa menyiapkan diri bagi menghadapinya.

Salam lebaran buat semua. :)

Sunday, 31 July 2011

Saya cantik

Kerana saya cantik saya tutup aurat..
saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya cantik saya tutup aurat..
saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya cantik saya tutup aurat..
saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya cantik saya tutup aurat..
saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya cantik saya tutup aurat..
saya sentiasa mencuba untuk menjadi lebih cantik pada pandanganNya dengan menurut perintahNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa...

p/s: sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu indah. tiada yang buruk, tiada yang hodoh. kita semua sama level nya. apa yang membezakan kita adalah tahap cantik ketaqwaan kita. itulah kayu ukur yang akan menunjukkan secantik mana kita sebenarnya :)

Wanita adalah perhiasan dan seindah perhiasan adalah wanita solehah.

Wednesday, 27 July 2011

say no to ubat!! yeahhh

Setelah sekian lama saya menyepikan diri, izinkan saya untuk bersuara kembali :)
Below are some tips to be shared to u guys. These are some ways on how to overcome a small small health problems like demam, selesema dan lain lain. Kadang kadang kalau sakit sikit sikit pun kita da rasa cm nak pengsan lantas terus mengada Tuan Dukun a.k.a Doktor untuk mendapatkan ubat. Namun, tahukan anda bahawa terdapat alternatif lain yang kita boleh amalkan instead of amek ubat dari doktor. Bukan nak kate ubat tu tak bagus, tp hakikat, memang tak bagus. In long term, we might get Sakit buah pinggang kalau kita selalu amalkan pengambilan ubat ubatan dari hospital atau klinik...



Demam
  • Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan banyakkan meminum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
  • Rehat sebanyak yang mungkin.
  • Sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga  demam berkurangan.
  • Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ia kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum diminum.
02.Selsema
  • Tingkatkan pengambilan air dan rehat yang mencukupi.
  • Ambil banyak buah-buahan (atau jus) seperti  oren atau jambu batu.
  • Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
  • Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari.
(Ramai beranggapan bahawa 'paracetamol' merupakan ubat mujarab untuk demam dan selsema namun ia cuma untuk melegakan sahaja, 'paracetamol' juga telah dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang untuk jangka masa yang panjang)

03.Sakit Kepala dan Migrain
  • Rebus beberapa kangkung dalam beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas dan kemudian tambahkan secubit garam, kacau dan minum.
  • Genggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi.
  • Ambil sekeping ubi kentang yang nipis dipotong dan letakkan pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.
04.Sakit tekak
  • Letakkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam. Kemudian kumurkan dengan air itu.
05.Cirit-birit
  • Banyakkan meminum air bagi menggantikan cecair badan yang hilang. Garam ORT juga dapat membantu
  • Minum teh kosong tanpa gula juga boleh melegakan cirit birit
  • Elakkan pengambilan susu ketika cirit birit
(Ketika cirit birit, dinasihatkan supaya kita minum secara sedikit-sedikit daripada meminum air dengan banyak dalam satu masa, ini kerana perut kita yang kejang tidak menerima air yang banyak dalam satu masa dan akan menyebabkan kita muntah)

06.Sembelit
  • Banyakkan meminum air bagi melegakan sembelit
  • Banyakkan pengambilan serat dalam makanan, seperti pisang dan juga roti gandum penuh

jadi mengapakah kita perlu meneruskan perkara yang later later akan memudaratkan diri sendiri? moh la kita try cara yg selamat, murah dan lebih natural.. berbalik kepada alam semulajadi :) 

credited to Iluvislam 

Monday, 2 May 2011

Oh ibunda - kisah Alqamah



Banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah Al-Qamah.. Moral yang paaaaaalllllliiiiiiinnnnnggg UTAMA ialah kita mestilah  menghormati dan mematuhi arahan dan permintaan ibu kita selagi tak melanggar syara'. 

moral ke 2, bagi lelaki lelaki yang dah berkahwin, engat! antum semua masih lagi perlu mengutamakan IBU sebelum ISTERI atau ISTERI ISTERI (bagi yang berpoligami) mu. No matter what happen, Mak is the first lady in your heart... engat ye FIRST LADY...

Sesungguhnya syurga di bawah tapak kaki ibu. Sayangi ibu, mak, mummy, mama, ummi anda di kala meraka masih lagi bernyawa. Maksimakan bakti kepada mereka (tolong masak ke, picit bahu ke, siram pokok ke, bagi makan kucen ke pegi pasar dan lain lain) .... Bagi yang telah kehilangan ibunya, doakan dia semoga berada di bawah lembayung rahmatNYA insyaAllah da selalu2 lah menziarahinya di makam ibunda ~

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, Ibumu! Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab,Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

ni la mak saye Hjh Noor Zaitun Hj Yahaya..
walaupun selalu argue ngn  mak tp beliau tetap mak saye ^_^
saye sayang mak saya :)

tulip comel,


Saturday, 30 April 2011

sekadar luahan hatiku~


as a student
saya tak mampu nak tanggung semua. saya sama seperti korang
saya harap sangat korang faham.....
korang student saya juga student..
saya bukan manager bole bayar double sampai bile2..
saya pun mendapat benda yang sama cam korang...
korang takde duit, saya pun duit ade limit.
saya hope sangat korang faham....

Saya tak sangka kamu buat cmni.
walaupun nampak cam kecik,
apekah aku dikategorikan sebagai teraniaya?
mintak maaf kalu saya da tak cam dulu dengan kamu
bukan bermakna saya tak maafkan kamu,
tp cukup lah rasanya kesabaran yg patut saya ada utk berhadapan ngn kamu.
saya takut kalu saya terus menerus cm biasa,
dosa saya akan bertambah kerana perasaan geram,marah, atas sikap kamu
jadi ada baik nye saya make a move and find my own way
saya rasa saya good at pretending..
sebab selama kite berkawan saya cuba utk sabar and pretend takde pape yg berlaku
awk tolong la muhasabah balik sikap awk
yg boleh dikatakan agak 'jual ikan'................

dedicated utk dia dia dia dan dia...... T_T


"Sebaik baik manusia adalah yang bermanfaat kepada orang lain"

salam dari Besancon, France


Saturday, 9 April 2011

Manusia vs an-Nafs

Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." 
(Riwayat Al Baihaqi)

Everyday, every single second we are facing with a war. Adat pertempuran pasti ada yang menang dan ada yang kalah..............................

Di dalam pertempuran 

MANUSIA vs NAFSU

akan berlaku tiga situasi manusia :

1.  Golongan yang SELALU kalah

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan ALLAH  membiarkanNya, dan Allah telah mengunci pendenganran dan hatinya serta meletakkan tutup atas pengelihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat) ? Mengapakah kamu tidak mengambil pengajaran? 
(Al-jasiyah:23)

2. Golongan yang kadang-kadang menang kadang-kadang kalah

Golongan ini ialah apabila melalukan perkara-perkara yang keji or dalam erti kata lain LAGHO, maka dia segera beristighfar dan mengingati ALLAH serta memohon keampunan daripadaNya.
"dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui,"
(Al-Imran:135)

3. Golongan yang sentiasa menang.

  Rasul-rasul dan Anbiya'


Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang ke-2. Ameen~

"Sesungguhnya setiap anak Adam adalah pembuat dosa, sebaik-baik pembuat dosa ialah yang bertaubat"
      

Monday, 4 April 2011

Okay currently i'm in Leeds! fuuuh finally sampai jugak after macam2 arah melintang hahaha alhamdulillah. this time i bring along a last min-co-babysitter who is Kak Farinna!!!! yeayyyy~


Dato' n Datin pegi umrah, thus i have to fulltime babysitting adek2 with the help of the co-babysitter *well they are not babies anyway*.

"Barangsiapa yang ingin mencontohi seseorang, maka hendaklah dia mencontohi orang yang telah meninggal dunia kerana kita sudah tahu pengakhirannya"

Tuesday, 15 March 2011

Proper way of Wearing Hijab




Friday, 11 March 2011

AkTIBITI katanyaa

Assalamualaikum Guys. Dah lama da saya tak post kt blog ni. Almaklumlah wondergirl kan banyak aktiviti join. Non stop since 4 weeks ago, dari stat masuk dari cuti.
moh kita usha2 ape yg saya join along the month.. 


1st week after cuti dimulai dengan program Ridan Hill 2nd Challenge. 
Time ni kene jadi Chief Makanan. Kalut saya dibuatnya nak pikiaq mau makan apekah.
  
Keesokannya pulak saya join program under SIFE, kene ajar2 anak2 orang Asli.. 
Thanks to Khairul, Fadhilah and Hakim comel sebab kasi akak pelam yg sungguh masam tp sedap ^_^

Pada Maulidurrasul yg lepas plak, saya terpilih untuk join perarakan Maulud wakil UNITEN.
dapat baju free. cantek kan hahaha 
and kami menang 1st place! 
alhamdulillah.. tp tu bukan lah matlamat utama. Saya join sebab nak mengimarahkan suasana Birthday Rasulullah s.a.w 


NEXT

 Saturday until Sunday of the week saya join bengkel Teater
for 2 days, well actually 4 days tp ter miss 2 hari haha


Next weeknya which is last 2 weeks, saya join 

KEM PEMANTAPAN AKADEMIK CEMERLANG

anjuran COBA (College of Business and Accounting) yang bertempat di Taman Negeri Endau Rompin pada 25th Feb until 27th Feb 2011
Sungguh menyeronokkan dan bermanfaat.


tup2 hari jumaat tu plak Sir Paan forward msg kata ada tounament Badminton utk 40%marks of assesment..
oh sungguh menakutkan sbb saya tak terer main badminton..
and kami kalah hahahah teruk kan. takpa lah still kanak2 lagi la dalam dunia badminton ni.


Esoknya after the tournament 
saya ke kuantan untuk menghadiri pengisian Rohaniku di 

MUKHAYYAM DAKHILI

anjuran UIA kuantan. saya drive dari Muadzam ke Kuantan.
 maap ler takdak gamba untuk yang ni haha

and ni yang laaaaaaaaaaasst skali after the tournament badminton tu Sir Paan rajen plak nak buat ala2 farewell party untuk our Badminton subject..

Sedih plak dah habis klas badminton. pasni petang2 takdak la main badminton dah.
terbantut hajat nak kurangkan berat badan lalala.
kalu takdak kelas confirm2 la lazy nak main badminton sendiri2.
kalu jogging lagi la..
harapan hanya tinggal kenangan je laaa... 

minggu ni pulak adalah study week untuk Final Exam yang bakal menjelma on 21st of March 2011.
maka this week pulun study. ada yang mintak saya guide for certain subject maka saya buat kind of tutor class untuk membantu kawan2 seangkatan semaksima mungkin.
kata depa 

' Takkan kau nak maju sorang2 je kot'

hahaha mendalam maknanya tuh... 
sekian...

Sunday, 13 February 2011

salam perantau

Assalamualaikum Mak and Ayah
Iffah kate izzah x ucap terima kasih for the car?
isk isk isk... ade ke patut...
izzah da cakap da tp takpelah wish lagi skali...

dengan ini, anakmu yang bernama NUR IZZAH ingin mengucapkan

TERIMA KASIH

soo much for the car.
ia telah banyak membantu izzah buat kerja kt sini..
nanti boleh bawak mak ngn ayah jalan2 hehehe...

cop! bisnes taxi izzah mendapat sambutan ^_^
say thanx to pencetus idea, Pn Zaitun..

Izzah sayang mak and ayah!

*x saba nak balek uk yeah!!

sorry mak pic kete tak sempat2 nak snap lagi,,, huhu

Tuesday, 8 February 2011

sharing sharing


Assalamualaikum ya kawan2...
dah lama tak bersua ^_^

takdak pape pun hendak dicelotehkan just sedikit knowledge untuk dikongsikan bersama

wahai hati hati yang luka,sakit dan lemah... Perbanyakkanlah amal ibadah, supaya dapat meningkatkan Iman mu. kerana ubat yang paling mujarab untuk hati hati yang sakit ini adalah Iman yang utuh..

Kata Thabit b Qurrah

Rehat badan ialah kurangkan makan
Rehat jiwa ialah kurangkan dosa
Rehat lidah ialah kurangkan cakap
Penyakit hati ibarat racun yang melemahkan badan dan Iman 

Sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki diri sendiri dan menginsafi kafarah diri insyaAllah 

 
meng-view Tioman Island yg cantek ^_^


Saturday, 22 January 2011

RUMPUT LALANG



Dunia ibarat rumput, akhirat ibarat lalang
Di mana ada LALANG disitu semestinya ada RUMPUT
tetapi
dimana ada RUMPUT disitu semestinya tak ada LALANG

apekah maksudnya??
Apabila kita kejarkan DUNIA iaitu sang rumput, maka AKHIRAT tak akan ikut sama
tapi if kita berusaha ke arah AKHIRAT maka dunia juga DUNIA akan turut ikut sama....

ALLAH akan sentiasa memabantu hamba-hambanya yang sentiasa ikut dan patuh akan suruhannya..


insyaAllah 

Wednesday, 19 January 2011

G.O.G

Oh lihat semalam saya dapat g.o.g
g.o.g tu apekah??
G.O.G tu Greet O Gram. 
ia adalah final year Marketing student final project.
Thanks to Mr D for those candies, pinky bear, n poem yg saye x faham....


Bukan saya sorang je yg dapat... Roomate saye bella pun dapat jugak...
tp die nye up sket RM20 nye tp takbest sbb bear die tak comel..
booo to bella
lala


credit this post to Izzat 

Thursday, 6 January 2011

Manifestasi cinta


Peserta peserta Halaqah WAJIB ye..
  

Sunday, 2 January 2011

In relationship with whom??

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu....... dan salam sejahtera saya ucapkan buat rakan rakan pembaca blog yang setia dan tidak setia... Kali ni ana (buat transformasi diri la sket ye) nak share sket pendapat ana yang tak seberapa ini.....

Jalan2 ronda rondi facebook, biasa lah suma orang nak buat in relationship in relationship tp ana x berapa nak setuju la apabila kita ni manusia yang beragama Islam ni buat in relationship with kaum sejenis ngan kita. Selalunya yang buat benda2 ni gigirl la, Guys ade jugak tp rarely found. 

Allah melarang kita membuat hubungan sejenis iaitu lelaki dengan lelaki n gigirl with gigirl atau dalam bahasa kasarnya Lesbo n Gay.


Walaupun yg kita letak in relationship tu just like close friend or good friend or best friend or ape2 jela suka hati kome la nak gune term apa pun, tetapi ana takut ia akan mendatangkan fitnah kepada Islam.
Sebagai contoh if non-Muslim tengok seorang girl nama Minah in relationship with Siti Zaidah, mereka MUNGKIN akan bersangka bahawa Islam menghalalkan hubungan sejenis. Lantas tiada bezalah antara Islam dan agama-agama lain. Sedangkan Allah melaknat amalan tersebut.
Ana bukan lah nak kata kome kome yg letak tu lesbian ke gay ke cuma DITAKUTI je tindakan korang itu akan memberikan impak negatif kepada imej Islam.

Ini sekadar pendapat ana. Ana harap agar perkara ini tak berlaku lagi dah... 
Beringat ingatlah sebelum melakukan sesuatu, agar tidak menjadi fitnah kepada Islam.

Sekian tq
*nama nama yang disebutkan tiada kaitan antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Saturday, 1 January 2011

Debat Royal 2010

Alhamdulillah diberikan masa lapang dan kesihatan oleh Allah s.w.t pada hari ini. Dan aku berpeluang untuk update blog setelah sekalian laaaaaaaaaammmmmmmaaaaaaaaaaa tak update. A little bit lazy ^_^

Last month aku terpaksa dan dipaksa last last minute masuk pertandingan Debat Piala Diraja kt UTHM, Batu Pahat. 

Date: 17th Dec 2010 - 22nd Dec 2010
Venue : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 

Kami dok kt sana selama 5 hari . Sepatutnya 6 hari tp 5 hari je sebab kami x dapat nak masuk quarter n ade banyak kelas, quiz, assignment yang perlu di-settle-kan. 

Aku masuk team Junior 2 je. Dimana matlamat penghantaran group ni adalah sebagai proses belajar dan menimba pengalaman. Ni baru first performance aku sejak aku berkecimpung dalam dunia debat. Banyak benda wooo aku belajar. Rasa bersyukur sebab aku dipaksa join. Rasa cam gian nak berdebat lagi selepas ni. Aku join 6 matches. 

Pusingan 1 : Washington dan Tehran : Buku bertemu ruas
Pusingan 2 : Selat Tebrau semakin sempit 
Pusingan 3: "Green politic" merawat politik Malaysia
Pusingan 4: Blok Ekonomi menyongsangkan globalisasi
Pusingan 5: Makdonalisasi (Mcdonalization) memugar citra tempatan
Pusingan 6: 'Keranamu Myanmar' ASEAN lebih bermakna 

Group aku menang 1 daripada 6 match..sedihkan tp takpela for the first time is quite ok, tp team2 UNITEN lain dpt bagus2 je result, but depa da senior, padan la dgn experience depa yang banyak tu..huhu
 
 my dear team mates 

 Hem hope lepas ni kami nak lebih rajin berlatih and kene lebih banyak menimba ilmu *cewwah kene banyak bace current issues and practise bercakap supaya lebih fluent. So that in the future aku dapat meningkatkan diri ke taraf yang lebih tinggi insyaAllah.... 

adios amigos gua choww dulu..
assalamualaikum



+Pengikut2+