Thursday 30 September 2010

kamu dah tua






Dear my beloved sister.. 

HAPPY 17th BIRTHDAY

selamat hari tua.... 
lain tahun je la kasi hadiah...
lala.. 

Sunday 26 September 2010

-Encik Anuar-
-Madam Rohaidah-
-Munirah-
-Khairul-
-Safuan-
-Izzat-
-Syafiq-
-Arep-
-Hanif-
-Juju-
-Haziq-
-Izzah-
-Aini-
-Bella-
-Wani-
-Mya-
-Aini-
-Sue Ann-
-Mei gi-
-Brenda-
-Ang-
-Hue Theng-
yeay.. bestnye bestnye bestnye,,, kami kt Tioman!!! 2 Days to go!! esok snorkeling!!

Friday 17 September 2010

Hero vs. Lelaki Lemah


Awak oo awak..... Saya sebenarnya menunggu seorang HERO bukan LELAKI LEMAH!!
 Kriteria kriteria lelaki tersebut: 


1. Dia mestilah seorang yang patuh kepada perintah Allah dan mampu membimbing diri dan keluarga nya. Serta mampu untuk mengimamkan solat utk keluarganya esp: wife dan anak2

2.Dia juga mestilah seorang yang jujur dan berterus terang.
Sapa nak kawen ngn kaki temberang weyyy~

3.Menghormati Wanita!!!! (penting yg ni!)

4.Lelaki Tegas! lembik2 tolak tepi :D

5.Lelaki itu ialah lelaki yang tak malu untuk meminta Maaf... ( kalau da buat salah kene la mintak maaf kan kan kan)

6.Dia adalah si cerdas, cergas  dan Menguasai banyak hal (Bijak!)... ( Nanti bile anak-anak tanya boleh jawab )

7.Dia mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Ni maknanya senang untuk bergaul dgn orang lain especially dengan family isteri..

8.Tidak rendah diri. 
 Kat sini bukan lah bermakna kene berbangga bangga ngn diri cuma kena berani dan yakin untuk membuat keputusan. Ye la kata ketua keluarga mestila yakin dan bijak buat keputusan.... 

9. Berani
Ni sikap yang paling disukai.. berani camne tu? mestila yang ke arah yang positive yang didorong oleh strong mental. Dia berani untuk menjadi diri sendiri dan berani untuk membela kebenaran..

10. Mempunyai jiwa yang besar
Here bermaksud tidak mudah menyimpan dendam dalam hati dia. Juga, dia berlapang dada untuk menerima kekurangan pasangannya, menerima seadanya dan mudah memaafkan kesalahan orang lain.

11. Bila dah jadi Husband :
  •  Melayan isteri dengan baik
  • Mengasihi isteri sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri
  • Memuliakan Isteri
  • Memenuhi hak isteri sesuai dengan syariat Islam
  • Keep secret rumah tangga 

Awak follow la kriteria2 above kalu nak jadi lelaki idaman malaya :D nak taw lebih lanjut beli la buku "Ya Allah, Aku tak ingin Sendiri"

Extracted from Buku : Ya Allah, Aku tak ingin Sendiri karya Burhan Sodiq
Sempat lagi membaca time raya raya ni haha 


Thursday 16 September 2010

Sayangkan Kawan Perempuan : Tinggal tinggalkan .....

act aku pun tak sure apa makna title die kawan perempuan tu kawan or Girlfriend... papehal pun layaann je k!

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua?
Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."
***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL***
"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."
 
"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".


**** PENONTON TERCENGANG! ****
"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah...
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"
"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"
 
"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
 
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".
 
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya".
 
(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
 
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
 
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".
 
"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".
 
"Kalau jawab ikut ‘exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".

Cakap-cakap orang...
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
 
"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya'...
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".
 
"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"
 
"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go' ".

Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping."
"Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..."
"Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..."
"Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu."
"Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."
 
" EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "
"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.
Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.
 
Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.
Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "
 


**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****
 
"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?"
" Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"

(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )


**** TUKAR CHANNEL BALIK ****
 
"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
 
6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).
 
"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."

 
**** BLACKOUT, TUTUP TV ****

copied 100% dari Iluvislam... 

Renung2kan dan selamat beramal :)

Wednesday 15 September 2010

September 15 :: Mersing>Keluang>Batu Pahat>Keluang>Mersing


Tidaakkk.. terlepas bas pertama jam 7.30am di depan mata ja,,  Tunggu bas ke-2....
Sementara menunggu tu, ku meliar liar kan mata ni ke sekeliling bumi seluas mungkin...

Mule2 aku tengok Popeye si Kucing Garfield
Waahh bagus itu kucing awal2 pagi dah kua mencari rezeki. Nak lintas jalan tengok kanan je tak tgk kiri... Bahagia je die.....

Then aku ternampak Burung chip2 (bunyinye chip2) 
Bermain main di tengah jalan, bahaya ohh bermain kt tgh jalan tu, sat2 lori sawit, tak lori sawit lori simen... tapi burung tu sempoi je ade kereta ke lori ke lalu die lari.. die LARI bukan terbang.. Aku selalu fikir, kenape burung lg suke berjalan daripada terbang eyh? padahal rasa-rasa la kan terbang lagi best........

Then ternampak pulak si LALANG
Kata orang jangan jadi macam lalang, kerana sifat lalang ni akan ikut arah angin, kalu angin ke arah kanan die akan melentok ke kanan, kalu angin tiup ke kiri dia akan terlentok ke kiri. Di sini kita dapat analogi kan apabila seseorang itu tak tetap pendirian ikuuutt je cakap orang....

HOWEVER... apabila di analysis kembali,,, aku dapat tafsiran yang berbeda..
Walaupun lalang selalu melentok lentok ikut arah angin tapi kite nak cabut die dari tanah punye la susah........ 
Analogi nye begini.... walaupun ia ada terikut dengan arah angin tapi ia mempunyai pendirian dan perinsip yang kukuh.. tak dapat di cabut dari diri dia (takdak ayat yang sedap lorr)

Kemudian, aku pun naik bas.......................
Setibanya di Keluang, aku pun naik la bas JOHORE MOTOR untuk ke batu pahat.......
tengah dok bes2 layan perasaan sementara tunggu bas tu jalan, tiba2 ade abang/pakcik/tok (aku pun tak sure) tego aku.. 

Pakcik : Nak pg Batu Pahat eyh?
Izzah : (angguk)
 
Pakcik : Dah nikah belum?
Izzah : (geleng)
Pakcik: Nak kawin ngn Askar?
Izzah : (geleng sambil tersengih)
Pakcik : Tentera?
Izzah : (geleng)
Pakcik: tak palah nanti sampai masa tibala jodoh tu kan.. Allah da tetapkan  jodoh ajal maut n satu lagi ape ye?
Izzah : (geleng kepala) *act aku tengah blurr time nii*
Pakcik : Tak pe lah saya nak pergi ke kg Gajah.. jumpe lagi 

Aku tak cakap pun ngn die angguk geleng jee.... hahahah tp cm kelakar je, aku fikir balek, apekah aku ni ade ghope (rupe) cm orang baru putus cinta sampai dia tanya aku soalan camtu ?? hahahahahahah kelakar je pokcik tu..

After like 1.5 hours perjalanan, aku pun sampai ke destinasi yang dituju.. Setelah settle urusan kat bank, aku pun telefon taxi nak pegi Bukit Perdana nak amek barang jap.. Naik la teksi Mercedes.. Merc bhaiii...
Masuk taxi ngn muke yg penat, tgk waah abg driver tu blh tahan jugak eyh.. haha

Borak2 ngan abg taxi tu ade ke plak die kate aku umur 20+ oh tidaakkk "apekah aku rupe cm da tua?".. kata abg tu "tak lah teka je dek.. haha" then die kasi num fon die,, hahahah sebelum turun die kasi num fon die....aku amek je la in case nanti aku nak naik taxi x payah la aku nak call operator taxi, direct je call driver taxi yeah yeah....

On my way back to Mersing, as usual i took a bus to Mersing again. I saw a girl, a little cute girl with curly hair.. So cute la that girl.. I felt like want to back to be like her because no problem to think of, just enjoy myself playing around no one will scold me.... But as time goes by, kene la jadi dewasa jugak itulah lumrah dunia........

Maka berakhirlah pengembaraan aku harini.......
sekian dari Princess~  

Tuesday 14 September 2010

Raya Oh raya 1431H


 Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Lailahailallah uwallahu akbar
Allahu akbar walillah ilham........

Macam2 laaa raya aku tahun ni...

Ke-0
Jpa x masukkan elaun lagi!!! da nak masuk ke-3 bulan da niiii............... Jadi raya tahun ni x blh sakan2 sgt,, huhuhu
Ke-1
Lelepak ngn member kt Kuantan,
beli 2 pasang baju kurung...
polka dots n pink colour baju kurung...
Alkisah biasala baju baru basuh la rendam skali ngn rumet's tudung
Tiba2 Luntur kaler plak daahhhhh kena kt baju pink tuuuu...

Esoknye pegi kuantan balek,
beli la the second baju pink yg same la sbb murah so dot mind lah
maka kali ni pun rendam n alhamdulillah oke2 belaka...
Namun begitu!!!! air yang tenang jangan disangka tiada buaya,
Sehari before raya rajen la kononnye nak iron baju....
tersalah pasang high temperature plak iron tu
terbakar baju yg second! berlubang kt part lengan.
mungkin later aku nak pgiu repair baju tu hantar taylor....
oh malang sungguh nasib itu baju..
mungkin aku mmg takde jodoh ngn baju tu.. sabar je lah~ cobaannn

Ke-2
1bulan before cuti raya
sume org dok sebok2 nak beli tiket balek raya, takot2 la nanti tiket habis x dapat nak balek raya kan.. Aku plak rilek dgn muke toyer selamba dan riaknya "tah la aku pun tataw nak balek mane lagi" kata hati suruh balek Perak. Tapi turn tahun ni sepatutnya johor. lagipun da janji ngn nenek nak balek johor this year... Haihh tapi still dilemma tataw nak balek ni. Kalu ade kampung mertua memang aku balek rumah mertua da pun sebab tataw nak balek mana........

3 Hari lagi nak cuti raya
Tiket tak beli lagi, baru dapat made up my mind decided utk balek Batu Pahat, then mula la nak gelabah2 cari tiket kt on9 ticket la, tiket bas mara liner which is takde pun pegi batu pahat (saje try luck),ticket cepat express which aku mmg da kompem akan takde punye ,tiket Train, Flight , Taxi.... huh ape la nak jadi ngn aku~ last2 call transnasional tanye tiket dari kuantan-Batu Pahat ade 2 lagi tiket.. Cecepat pegi ngn Kak Miza ke Stesen Petronas nak beli Alhamdulillah dapat.. see I will survive....!! (Remember Izzah, u cant do this selalu) maka lainkali Izzah ui decide cecepat nak balek mana, x maw jadi camni dah....


Ke 2.5 
Raya kali ni aku anyam ketupat..opss BELAJAR menyanyam ketupat n alhamdulillah tidak 1 pun aku berjaya menyanyamnya!!! huhu mungkin aku tidak dilahirkan untuk menganyam ketupat. then aku pun sedeh, tetapi untuk mengubati hati yang sedih ini, aku telah berjaya mengisi beras ke dalam ketupat tersebut.. ikut sukatan 1/3 daripada saiz ketupat tu so dat tak lebik, maka adat aku masak nasi selalu lembik begitu juge ketupat.. huhu sebanyak 100+ ketupat aku isi beras and sume nye lembik!! hahahaha nenek aku heran kenapa lembik, n depa pun tawu aku yg isi beras kt dalam tu. ala sye kan kanak2 baru belajar nk buat ketupa, maafkan la ye ye ye.. :D

Ke-3

External x blh format.. Memory card x blh dibaca oleh laptop lain........ oh apakah ini??
Laptop dijangkiti Virus yang sangat kronik!!!!!!!!!!!!!

Ke-4
Raya ke-2
Phone Sony Ericsson W302 (fon murah je) yang dimiliki oleh seorg perempuan yang sangat lasak dan ganas. Suka campak sana sini fon tu, satu hari ianya telah terjatuh ke bawah katil, dan akhirnya ia mempunyai kerosakan dalaman yang sangat dasyat!! (kata org kedai la) .. Nak jual kt kedai satu kedai pun takmaw terima..:(

Ke-5
Aku ada 2 fon number,,Due2 celcom... apabila ade 2 maka salah satu daripadanya sudah pasti akan dianak tirikan. Aku terlupa yg sebenarnya aku da lebih 2 bulan tak topup kt num 013 tu,,aduyyai, call kt calcom careline tanye cmne, die kate pegi kt celcom center bayar RM10 da blh activate balek num tu. Aku pun pegi la celcom center, tup2 tak boleh pulaakk,, haihh cmne la parent aku nak call aku kan3... nampaknya aku kene la tetap pendirian gune 1 number je,, huhuhuhu,, sedeh1000 

jadi kawan2 sapa yg rindu2 aku, jangan la dok gedik roger aku kt 013, roger aku kt num 014 ye2... :D

Ke-6

Dapat jumpa baby Kak Ica yang baru Ammar Rafieq yeay!!

ke-7
Perkara yang sama berulang seperti raya2 yang lepas. aku tak berpeluang untuk Solat Aidilfitri. kalu last year x dpt solat raya sbb opah lambat, n raya haji last year tak sempat nak pegi sbb masjid tu solat cepat, tapi raya kali ni aku x dapat nak solat raya walaupun masjid dekat adalah disebabkan oleh cuaca yang tidak mengizinkan, hujan rahmat turun dengan lebatnya bak kate pepatah Inggeris Raining cats and dogs. Maka aku dok je lah kat rumah meratapi nasib x dpt solat hari raya sambil2 tgk takbir raya kt Astro Oasis...
 
KE-8
Emosional di sepanjang cuti aku ni, kenape kenape kenapaaa?? mungkin i miss my family isk3........... 
takpe2 lah november ni nak balek yeah,,cant wait!!


tah macam2 la yang berlaku raya kali ni,, namun aku juga gembira kerana ade jugak yang masih menghulurkan Duit raya kt aku terime kaseh bebanyak... jasa kalian akan ku kenang sampai bila2...
aku x kawen lagi so, layak la nak dapat duit raya.. dapat la tampung belanja makan seminggu dua sementara JPA nak masukkan elaun :D 

Berlalula sudah Ramadhan
Sebulan berpuasaaaaaa
tiba syawal kita rayakan
dengan rasa gembiraa....
(Sile sambung sendiri)

Sekian dari Princess~


Wednesday 1 September 2010

Hari ini Dalam Sejarah

Alhamdulillah Ya Allah kerana engkau telah memanjangkan umurku sehingga Ramadhan kali ini. Semoga engkau panjangkan umurku untuk hingga Ramadhan yang akan datang... ammen~


Alkisah hari ini dalam sejarah... Aku bawak Skuter pergi ke Terminal Bas Muadzam Shah kira2 5km dari main kampus.. ohh aku sungguh bangga dengan pencapaian ini, almaklumlah naik moto org lain yg bwk pun dah terjerit-jerit, inikan pula aku sendiri yang tunggangnye *cm unta la plak*..

Photobucket

 Tapi aku naik sorg2 ni x de la jerit2.. cume sedikit brani mati la sbb ni 2nd time aku bwk skuter. 1st time dgn unta kak Ecah. 2nd time ngn unta CCL kak Lela... thnx kak lela sbb bg peluang utk saya develop myself to ride ur scooter.. isk3 sangat terharu tak terkata ni...

Keberanian dalam diri ini perlu di-develop.. jadi in the future aku nak try bwk motor biase tu plak...

Photobucketbak kate abg Fadel aka Tok Mad "pas ni bole la upgrade bwk moto manual pulak" yess.. moto sponsored by Tok Mad aka Hulubalang aka Tuan Seri aka Buncit.. 


tu je untuk kali ni, bnyk lagi nak cite tp apekan daya esok ade midterm subjek Sir Ruzaini *weweet* maka kene la study, kate nak DL. Doakan saya ye kawan2...

k adios amigos,, Selamat Berpuasa..

Photobucket
p/s: jgn lupe niat pose ye kawan2,,, kalu x engat follow je lagu kt blog ni :)


+Pengikut2+