Showing posts with label family terchentaa. Show all posts
Showing posts with label family terchentaa. Show all posts

Monday, 4 April 2011

Okay currently i'm in Leeds! fuuuh finally sampai jugak after macam2 arah melintang hahaha alhamdulillah. this time i bring along a last min-co-babysitter who is Kak Farinna!!!! yeayyyy~


Dato' n Datin pegi umrah, thus i have to fulltime babysitting adek2 with the help of the co-babysitter *well they are not babies anyway*.

"Barangsiapa yang ingin mencontohi seseorang, maka hendaklah dia mencontohi orang yang telah meninggal dunia kerana kita sudah tahu pengakhirannya"

Sunday, 13 February 2011

salam perantau

Assalamualaikum Mak and Ayah
Iffah kate izzah x ucap terima kasih for the car?
isk isk isk... ade ke patut...
izzah da cakap da tp takpelah wish lagi skali...

dengan ini, anakmu yang bernama NUR IZZAH ingin mengucapkan

TERIMA KASIH

soo much for the car.
ia telah banyak membantu izzah buat kerja kt sini..
nanti boleh bawak mak ngn ayah jalan2 hehehe...

cop! bisnes taxi izzah mendapat sambutan ^_^
say thanx to pencetus idea, Pn Zaitun..

Izzah sayang mak and ayah!

*x saba nak balek uk yeah!!

sorry mak pic kete tak sempat2 nak snap lagi,,, huhu

Tuesday, 30 November 2010

Ukay

Ok cuti dah tamat..
Ni mungkin the last winter i will ever had sementara family kt sana
insyaAllah ade rezeki dapat further study abroad
mungkin dapat la rasa snow lagi..


 
I miss u guys

ohh Princess in Grey



Miss my bro Abbas sibuk ngn snow ball die.

n Qistina

n adek2 yg lain sorry ler gambo kome takde
Terima kasih mak n ayah sbb sponsor izzah pegi sana n shooping mcm2 hehehe
dalam hati ni berat nak balik tp ade tanggungjawab utk belajar kt Uniten de Hutan maka terpaksa la balik
apekan daya, Allah dah tentukan apa yang terbaik untukku..
moh2 la berusaha untuk sem baru

berusaha mencangkul ilmu di Uniten!!

*Still in jet lag mood, x tido selama 2 hari dahh


Thursday, 30 September 2010

kamu dah tua






Dear my beloved sister.. 

HAPPY 17th BIRTHDAY

selamat hari tua.... 
lain tahun je la kasi hadiah...
lala.. 

Tuesday, 13 July 2010


Walaupun da lambat tapi takpelah...

H A P P Y - B I R T H D A Y BOS!

Semoga dipanjangkan umur and
 dimurahkan rezeki selalu

Anakmu yang solehah,        

Tuesday, 15 June 2010

kak Nana's wedding


Date: 6th June 2010
Venue: Putrajaya

Alahmdulillah sorg lagi my cousin da berjaya diijabkabulkan dengan 1 lafaz.
Although keesokan harinye aku nak final exam, tp aku tetap hadir la atas dasar keluarga.


Pernikahan berlangsung pada hari b4 persandingan which was on 5th June 2010. Tema pink putih sungguh comel :) Hari persandingan theme turquoise. Wedding ni best n menarek sebab time ni la satu family nk get together tanye2 kaba n so on..... 

 

Lepas ni plak turn mamat anak pak Di nye wedding on 24th July namun sayang seribu kali sayang aku x dapat nk join sebab ade hal yang x dapat nak dielakkan.. Surry mamat :)

sekian~

Tuesday, 6 April 2010

Syaitan dan Villagers

One day di Villa d'Avenue, my ayah story satu kisah to my brother n sisters.. Where is me? me kt Tanah Melayu lorh..So ciplak dr blog Epah... 

It start when, ade la Pakcik ni nak pi solat subuh; pastu kan gelap, ye la kat kg mesti la x dek lampu. Pastu 'on the way to surau' si Pakcik nih terjatuh, pastu dier pi balik n tuka baju, pastu dier pi la balik [nak pi surau] pastu jatuh lg, pastu balik umah tuka baju lg, pastu bile si Pakcik ni 'on the way' to surau' dier ternampak sorang hambe allah pegang obor.pastu si hambe allah ni tawarkan diri la nak bawak si Pakcik ni pi surau. Bila dah sampai surau, si Pakcik ni ajak la si hambe ALLAh ni masuk..



Pakcik: masuk la nak ke surau

Hamba ALLAH: saya tidak boleh masuk

PakCik: Kenapa?

Hamba ALLH: sebab saya syaitan.

Pakcik: ...?...

Hamba Allah: sebenarnya saya lah 'HAMBA' yang menolak Pakcik 2 kali waktu pakcik 'on the way' to surau. 1st time bile pakcik jatuh n balik umah tuka baju, ALLAH ampunkan semua dosa pakcik.Kali kedua pakcik jatuh n balik umah tuka baju, ALLAH ampunkan dosa penghuni umah pakcikdan saya tidak mahu pakcik jatuh kali ketiga kerana saya tidak mahu ALLAH mengampunkan dosa orang kampung ini.

Betapa Syaitan ingin membawa anak adam ke neraka bersama samanya.. 
Nauzubillahiminzalik~






Monday, 22 March 2010

Cik Tina


H A P P Y- B I R T H D A Y- I N A
yg ke 10!
pesanan dari kakakmu yang baik:
Belajar rerajen!
jangan garang sangat
kurangkan kadar bebelan hg!
jgn lupe solat 
n tolong kemas2 rumah k!

p/s: aduyy,, aku asek terlewat je nk wish bday.. haih




Nak Nak Nak

Bismillahirrahmanirrahim,,,
Ntah sejak last week lagi, terngiang-ngiang nak makan 
chocolate kinder Bueno
Ice cream ngn cone yang besar..


Spaghetti

+

 
 Cheese

Cheese Spaghetti

Photobucket
...tibe2 miss family kt uk! dok rumah ngn family dapat makan sume2 neh selalu,,sob3


Photobucket
Ade sesape yang dapat merealisasikan impianku nak makan sume2 neh??



Photobucket
pliz..... pliz....pliz





Saturday, 20 March 2010

Abbas Azizi dan giginya


Aku x kompem die ni nanges ke ape...

Ape kaba readers of the world?? well, tgk la ini la padahnye x jage gigi,,
adey, abbas2,, akak da suruh da abbas berus gigi, tp degil, 
tgk kesannye kene cabut 14 gigi,,kesiaan

Akak doakan gigi abbas tumpuh cecepat k!Photobucket






Saturday, 20 February 2010

my family are on the news!!

NOOR ZAITUN sekeluarga bergambar di luar Istana Buckingham selepas menerima pingat Queen's Prize daripada Ratu Elizabeth, semalam.

LONDON: Pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Noor Zaitun Yahaya adalah antara wakil Institute for Transport Studies (ITS) Universiti Leeds, di sini menerima pingat Hadiah Ulang Tahun Queen untuk Pengajian Tinggi 2009 (Queen's Prize) daripada Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, semalam. 

Noor Zaitun, 44, yang juga pelajar Doktor Falsafah (PhD) di ITS Universiti Leeds turut menerima sijil untuk kumpulan penyelidikannya dan universiti itu bagi kajian mereka mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar. 

Anak kelahiran Perak ini adalah antara 10 wakil Universiti Leeds, termasuk Pengarah ITS, Prof Mark Wardman dipilih untuk menerima dan membawa pulang anugerah yang julung-julung kali diterima universiti itu.

Berikutan kejayaan itu, ITS dibenarkan menggunakan logo Queen's Prize itu selama empat tahun. Anugerah yang diberi setiap dua tahun ini adalah pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang universiti dan kolej di United Kingdom untuk kehidupan intelektual, ekonomi, kebudayaan dan sosial. 

Noor Zaitun adalah antara 40 pelajar PhD di institut berkenaan. ITS Universiti Leeds adalah pusat kajian pengangkutan terbesar di Eropah dan menjadi pusat rujukan global.

Bercakap kepada Berita Minggu selepas upacara penyampaian anugerah selama satu setengah jam itu, Noor Zaitun berkata, Ratu Elizabeth berminat mengenai Malaysia dan bertanyakan mengenai bidang penyelidikannya.

"Saya menerangkan kepada baginda bahawa penyelidikan saya ialah mengenai pengangkutan dan pencemaran udara. Suami baginda, Duke of Edinburough dan puteri mereka, Princess Anne, juga berminat mengetahui mengenai Malaysia dan sistem pendidikannya. 

"Saya memberitahu betapa bangganya saya dapat mewakili Malaysia dan sebagai tetamu pada upacara berkenaan," kata Noor Zaitun. 

Noor Zaitun yang berbaju kurung sutera merah ternyata menarik perhatian ramai ketika upacara itu berlangsung. 

Turut meraikan saat bersejarah itu ialah suaminya, Haji Fakharuldin Ishak, 45; dan keenam-enam anak mereka, Nur Izzah, 18 (hak3, sje je highlight nme sendiri..kuang3); Zatul Iffah, 16; Abdullah Azam, 14; Muhammad Al Fateh, 12; Nur Qistina, 10; dan Abbas Azizi, 8.

Noor Zaitun dijangka menamatkan pengajiannya dalam tempoh satu setengah tahun lagi. Sebagai pelajar cemerlang sepanjang pengajiannya, Noor Zaitun mendapat tajaan Bank Dunia untuk pengajian Ijazah Sarjana Mudanya (MA) yang juga membolehkannya datang ke London pada 1990 untuk meneruskan pengajiannya.

coretan izzah: hopefully pencapaian ini akn mnjadi titik semangat utk aku yg super 'rajen' utk tros gigih belajar sob3... ameen...~~ 


credited from berita harian 21st February 2010

Tok KI MAD!!

tok ki  mad mein ice skating

Aritu wish birthday member aku,, skrg wish adek aku yg tercentaa~~

HAPPY BIRTHDAY TO AMAD

aMad dah tua!!!
he's 12 now lol!! all the best aw da 12...
belaja rajen, jgn memalas. n jgn asyek bt lawak  je
x larat nk ktawe!!

Sunday, 14 February 2010

Yeeha~


Kan ku panjatkan kesyukuran kepadaNYA sebab finally aku da abes EXAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kegembiraan yg x dpt nk digambarkan, org2 yg hadapinye je faham,.. haha,., so, alhamdulillah jgak after 18 hours journey aku pn sampai la kt my rumah!! 
 14 hours dalam flight mmg memenatkan, almaklumlah direct flight,, mcm2 dugaan, aku mabuk udara ke? pelik disitu ye.. nk kte 1st time x jgak, maybe aku penat sgt2 kot,, travelling for about 2 days, mmg penat.
This time aku chose 



Aku chose ke? mak aku yg chose, aku naik je~ oke la jgak, sbb nk cepat en,so terpaksela neik yg ni...

villa de avenue~


woaah,,lega rasenye da sampai, ate mane x nye, slame ni asek menumpang kt rumah org lein en, ni dpt gak a mrase dok rumah sendiri..[although just rent it]..maka bile da dok rumah sndiri ni boleh la buat suka suki hati,, 

           PLANNINGS FOR THIS SEM-BREAK: 
  1. SHOPPING
  2. Spent time with family
  3. Got to London
  4. hang out with ABDULA n SALMA
  5. Lepak2
  6. blaja masak mungkin..
List bkn mein banyak, bajet cuti cm sebulan je~  alah, aku rse sempat je nk buat sume2 ni in 2 weeks tim,, haih, cuti 2 weeks je,, xpe la,,stended cuti uniten paleng lame, engat ag pacik hashim ke hisyam, tah la, pacik bas la yg kompem nye, " Dok ipts ne x blh cuti lelame, t rugi a baya kan, baya da la mahal, x kn nak bazirkan ngan cuti lelame" erm,,, btol gak tu,,[bajet cm sendiri baya].. x pe lah,,dugaan time study~


time on the journey cm biase la, new friends~ aku dpt kenal ngan sorg incik ni,dari taiwan, keje as akauntan kot, tah la, susa tol nak faham org2 blah2 situ cakap. die travel nk g germany , tapi singgah minggah sehari kt kl, sehari kt london then portugal, b4 arriving kt German. hebat tol die,,
 time aku neik flight tu pelik sket, sebab aku nmpak ramai rockers,, tup2 da turun rupe2nye grup2 amy search nk bt concert tour kt ireland,, ohh,, aku engat nak gak snap pic ngan beliau, tp aku pn da x de mood malam tu, so aku tgk je la die,, huhuhu~

tu je kot celoteh aku, aku nk spend mase SEMAKSIMA kt sni, t kt u da x de chance dah,, 
UNITEN dan isi2nye, dont miss me k!

adios~


Saturday, 6 February 2010

One day I'll be like her!!



5 FEB 2010 - SEORANG pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di University of Leeds dipilih sebagai penerima The Queen Anniversary Awards apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom. 



Noor Zaiton Yahaya, 44, yang juga pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah berprestij itu yang akan disampaikan Ratu Elizabeth di Istana Buckingham pada 19 Februari ini. 



Noor Zaiton adalah antara dua pelajar PhD antarabangsa di Institut for Transport Studies (ITS) universiti berkenaan, yang layak menerima pengiktirafan berkenaan.ITS yang mempunyai 35 pelajar PhD dari seluruh dunia, adalah institusi penyelidikan sistem pengangkutan awam dan pengawalan pencemaran terbesar di Eropah serta menjadi pusat rujukan global.


Saya berterima kasih kepada kerajaan yang menaja saya belajar di sini dan juga keluarga terutama suami," katanya. 



Noor Zaiton berkata, beliau akan memperkembangkan hasil kajiannya untuk diguna pakai di Malaysia sekembalinya ke tanah air selepas menamatkan pengajian. 



"Saya banyak menerima tawaran untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan taraf pengawalan pencemaran udara dan akan cuba menggunakan kepakaran yang ada di Malaysia," katanya. 

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata pengiktirafan itu memberi peluang kepada penyelidik lain untuk pergi lebih jauh dalam usaha mereka meneroka ilmu dan teknologi baru untuk dimanfaatkan bersama.



Dr Aziz berkata, kejayaan Noor Zaiton juga dapat menyuntik semangat pelajar PhD lain dalam meningkatkan usaha menjayakan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan bagi membantu kerajaan membangunkan negara. 



"Pengiktirafan itu membolehkan negara memiliki pakar dalam sistem pengawalan pencemaran dan diharap sebaik menamatkan pengajian, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh itu dapat dikongsi bersama dalam memperkemaskan pengurusan alam sekitar," katanya.


Bravo mak!!........ 

Saturday, 16 January 2010



Jan 15-Seorang lelaki berusia 60 tahun yang menghidap sakit buah pinggang mengadu ditinggalkan oleh anaknya di sebuah pusat haemodialisis di Kangar semalam tanpa dijemput pulang selepas menjalani rawatan.

Lelaki itu, yang berasal dari Kodiang, Kedah, menunggu untuk dijemput oleh anaknya selepas selesai rawatan itu tetapi sehingga pusat itu menutup operasinya lewat petang, tiada siapa yang datang menjemputnya.

Kerana bimbangkan keselamatan lelaki itu, kakitangan pusat haemodialisis itu telah menghubungi anaknya tetapi anaknya itu tidak datang.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa ketika ditemui pemberita hari ini berkata, hasil temubual mendapati lelaki itu menerima rawatan di pusat itu setiap tiga minggu dengan dibiayai oleh seorang anak perempuannya.

Lelaki itu juga dikatakan pernah kecil hati terhadap tindakan tertentu anaknya sebelum ini dan mahu ditempatkan di rumah kebajikan.

Jan15-Ku Chik berkata, lelaki itu akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan di Jejawi dekat Kangar selama 30 hari bagi proses kemasukan secara sukarela, dan jika tiada waris yang mahu menjaganya, dia akan ditempatkan di bawah penjagaan dan perlindungan jabatan itu.

Pada 7 Jan lepas, seorang lelaki berusia 57 tahun ditinggalkan bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya di Behor Temak dekat sini.

Lelaki itu dari Arau yang baru menjalani pembedahan jantung ditemui tidur di sebuah pondok bas.

Dia kini ditempatkan di Rumah Kebajikan Batu Bertangkup, Chuping.

- Bernama


Coretan Ladyboss :


Ape la nak jadi skerang ney, sume nye nak dibuang, anak, mak, ayah,,  
Dulu time kecik-kecik x engat ke sape yang jage kite if bukan mak and ayah, kecik2 ngengade gedik manja nak tu la ni la.... kalu x dapat guling2 atas lantai... tp bile da besar nak jage deme pon x boleh,,, 
ayyyuhal ummat! kenanglah jasa mereka n berbaktilah kepada mereka while there are still here! bagi sape2 yg da x de parent kt dunia, berbaktilah untuk depa by berdoa,,sesungguhnye doa2 anak yang soleh adalah antara aset manusia yang besar...

mari kite doa same2... tadah tangan sume org!
" Ya Allah ya tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihi ku sejak aku kecil lagi,,ameen ya rabbal alamin" 

credited from Malaysiakini~



+Pengikut2+