Jan 15-Seorang lelaki berusia 60 tahun yang menghidap sakit buah pinggang mengadu ditinggalkan oleh anaknya di sebuah pusat haemodialisis di Kangar semalam tanpa dijemput pulang selepas menjalani rawatan.
Lelaki itu, yang berasal dari Kodiang, Kedah, menunggu untuk dijemput oleh anaknya selepas selesai rawatan itu tetapi sehingga pusat itu menutup operasinya lewat petang, tiada siapa yang datang menjemputnya.
Kerana bimbangkan keselamatan lelaki itu, kakitangan pusat haemodialisis itu telah menghubungi anaknya tetapi anaknya itu tidak datang.
Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa ketika ditemui pemberita hari ini berkata, hasil temubual mendapati lelaki itu menerima rawatan di pusat itu setiap tiga minggu dengan dibiayai oleh seorang anak perempuannya.
Lelaki itu juga dikatakan pernah kecil hati terhadap tindakan tertentu anaknya sebelum ini dan mahu ditempatkan di rumah kebajikan.
Jan15-Ku Chik berkata, lelaki itu akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan di Jejawi dekat Kangar selama 30 hari bagi proses kemasukan secara sukarela, dan jika tiada waris yang mahu menjaganya, dia akan ditempatkan di bawah penjagaan dan perlindungan jabatan itu.
Pada 7 Jan lepas, seorang lelaki berusia 57 tahun ditinggalkan bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya di Behor Temak dekat sini.
Lelaki itu dari Arau yang baru menjalani pembedahan jantung ditemui tidur di sebuah pondok bas.
Dia kini ditempatkan di Rumah Kebajikan Batu Bertangkup, Chuping.
- Bernama

Coretan Ladyboss :
Ape la nak jadi skerang ney, sume nye nak dibuang, anak, mak, ayah,,
Dulu time kecik-kecik x engat ke sape yang jage kite if bukan mak and ayah, kecik2 ngengade gedik manja nak tu la ni la.... kalu x dapat guling2 atas lantai... tp bile da besar nak jage deme pon x boleh,,,
ayyyuhal ummat! kenanglah jasa mereka n berbaktilah kepada mereka while there are still here! bagi sape2 yg da x de parent kt dunia, berbaktilah untuk depa by berdoa,,sesungguhnye doa2 anak yang soleh adalah antara aset manusia yang besar...
mari kite doa same2... tadah tangan sume org!
" Ya Allah ya tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihi ku sejak aku kecil lagi,,ameen ya rabbal alamin"
credited from Malaysiakini~
5 Ucap-ucapan untuk izzah:
kejam sungguh...mcm apa g..sanggup n tergamak
dah matang dah anak aku neh.. haha
anonymous: manusia2 akhir zaman,, cmni lah,,, ke arah kehancuran ummat..
Zack: waah,, sapekah anakmu?
sbb?? bila ahli klrga mati kita boleh tlg tlg uruskan.
erm,,
kak nadhirah,
kite rase akak ni salah topik,,
lalala~
Post a Comment