Saturday, 6 February 2010

One day I'll be like her!!



5 FEB 2010 - SEORANG pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di University of Leeds dipilih sebagai penerima The Queen Anniversary Awards apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom. 



Noor Zaiton Yahaya, 44, yang juga pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah berprestij itu yang akan disampaikan Ratu Elizabeth di Istana Buckingham pada 19 Februari ini. 



Noor Zaiton adalah antara dua pelajar PhD antarabangsa di Institut for Transport Studies (ITS) universiti berkenaan, yang layak menerima pengiktirafan berkenaan.ITS yang mempunyai 35 pelajar PhD dari seluruh dunia, adalah institusi penyelidikan sistem pengangkutan awam dan pengawalan pencemaran terbesar di Eropah serta menjadi pusat rujukan global.


Saya berterima kasih kepada kerajaan yang menaja saya belajar di sini dan juga keluarga terutama suami," katanya. 



Noor Zaiton berkata, beliau akan memperkembangkan hasil kajiannya untuk diguna pakai di Malaysia sekembalinya ke tanah air selepas menamatkan pengajian. 



"Saya banyak menerima tawaran untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan taraf pengawalan pencemaran udara dan akan cuba menggunakan kepakaran yang ada di Malaysia," katanya. 

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata pengiktirafan itu memberi peluang kepada penyelidik lain untuk pergi lebih jauh dalam usaha mereka meneroka ilmu dan teknologi baru untuk dimanfaatkan bersama.



Dr Aziz berkata, kejayaan Noor Zaiton juga dapat menyuntik semangat pelajar PhD lain dalam meningkatkan usaha menjayakan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan bagi membantu kerajaan membangunkan negara. 



"Pengiktirafan itu membolehkan negara memiliki pakar dalam sistem pengawalan pencemaran dan diharap sebaik menamatkan pengajian, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh itu dapat dikongsi bersama dalam memperkemaskan pengurusan alam sekitar," katanya.


Bravo mak!!........ 

6 Ucap-ucapan untuk izzah:

IRFARN said...

thniah oii utk mak ko!!

Bakal translator said...

bless my mama

Annaz said...

woohoo..terbaik..
tahniah kat mak ko..:]

pergh suratkhabar tarikh lahir aku..
hehehe..

izzah fakharuldin said...

Apam: tenkiu bro!!

Epah: erm,, insyaAllah

Annaz:er er ade kaitan ngan bday ko kah? lalala

keyha azkiya said...

Congratulations :)

izzah said...

tenkiu fukai!!

+Pengikut2+