Monday 15 November 2010

Puasa 10 Zulhijjah

Siang tadi aku ditanya oleh seorang sahabat soalannya lebihkurang begini

"Kita digalakkan berpuasa pada 10 hari pertama di bulan Zulhijjah tapi raya kan 10 Zulhijjah,"


Lepas tu aku pun terfikir. Haah kan kita digalakkan berpuasa 10 hari pertama bulan Zulhijjah tapi 10 Zulhijjah dah raya HARAM puasa. hoh sudahhhhhhh hadis dhaif ke ape ke camne ni????  hmmm....

Dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "

Then kami pun buat research, then dia dapat jumpa Hadis tersebut

Bersabda nabi Muhammad SAW yang bermasud :
Dan tiadalah hari yang beramal soleh padanya paling dicintai Allah melainkan sepuluh hari pertama Zulhijjah ini. Sahabat bertanya, "Bukankah jihad fi sabililllah?" Jawab baginda, "Ya termasuklah jihad fi sablillah, kecuali mereka yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawanya kembali walau sedikit". (Riwayat Al-Bukhari)

Hah! Apabila di-analize balik sebenarnya bukan galakkan berpuasa tapi galakkan untuk BERAMAL SOLEH 
"......hari yang beramal soleh padanya paling dicintai Allah melainkan sepuluh hari pertama Zulhijjah....."

maka tak semestinya BERPUASA kan kan kan,,, barulah tersedar bahawa kami telah tersalah tafsir perkataan beramal soleh.
jadi conclusion-nya ialah
  1. DigalAkkan untuk beramal pada 10 hari perta Zulhijjah kerana pahalanya lebih dari berjihad. dan amalannya tak tertakluk hanya kepada puasa.
  2. Puasa pada hari Arafah amat digalakkan 

Di dalam sepotong hadith sahih riwayat Muslim, Abu Qatadah meriwayatkan yang nabi ditanya mengenai fadhilat berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), maka jawab baginda:
"Diampunkan dosa tahun yang lepas dan yang masih berbaki."
dan last sekali jangan sempitkan minda kita kepada hanya satu benda sahaja. Contoh banyak lagi amalan lain yang boleh dilaksanakan ketika 10 Zulhijjah pertama seperti bersedekah, berzikir, solat sunat dan lain lain.

3.Jangan lupa ye kawan2 kita juga diharamkan berpuasa pada hari Tasyrik, iaitu 10,11,12, dan 13 setiap bulan. 

akhir kalam

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 

maaf zahir dan batin
*pelik bunyinya kalau cakap time hari raya korban tapi raya jugak kan! makan tak salah hoyeahhh*
*cilok kt fb beliau,,hehe*

1 Ucap-ucapan untuk izzah:

AkuZ.. said...

selamat hari raya aidil adha~!

+Pengikut2+