Tuesday, 30 November 2010

Ukay

Ok cuti dah tamat..
Ni mungkin the last winter i will ever had sementara family kt sana
insyaAllah ade rezeki dapat further study abroad
mungkin dapat la rasa snow lagi..


 
I miss u guys

ohh Princess in Grey



Miss my bro Abbas sibuk ngn snow ball die.

n Qistina

n adek2 yg lain sorry ler gambo kome takde
Terima kasih mak n ayah sbb sponsor izzah pegi sana n shooping mcm2 hehehe
dalam hati ni berat nak balik tp ade tanggungjawab utk belajar kt Uniten de Hutan maka terpaksa la balik
apekan daya, Allah dah tentukan apa yang terbaik untukku..
moh2 la berusaha untuk sem baru

berusaha mencangkul ilmu di Uniten!!

*Still in jet lag mood, x tido selama 2 hari dahh


Thursday, 25 November 2010

Death!

Semalam nye semalam punye semalam, saye dating dengan ayah saye then berselisih ngn satu kereta jenazah and 2 limos yg mnengandungi family jenazah orang Krisitian lah tapi. tibe2 ayah telah berkata :

3 perkara akan mengiringi jenazah pada hari kematian :
  1. Sanak saudara
  2. Harta
  3. Amalan
2 akan balik dan 1 akan ikut ke lahad iaitu AMALAN. Harta dan Sanak saudara akan balik meninggalkan jenazah.. Life must go on...

Dan setiap insan PASTI akan merasainya cuma masanya kita tidak tahu...

 “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).



Monday, 15 November 2010

Puasa 10 Zulhijjah

Siang tadi aku ditanya oleh seorang sahabat soalannya lebihkurang begini

"Kita digalakkan berpuasa pada 10 hari pertama di bulan Zulhijjah tapi raya kan 10 Zulhijjah,"


Lepas tu aku pun terfikir. Haah kan kita digalakkan berpuasa 10 hari pertama bulan Zulhijjah tapi 10 Zulhijjah dah raya HARAM puasa. hoh sudahhhhhhh hadis dhaif ke ape ke camne ni????  hmmm....

Dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "

Then kami pun buat research, then dia dapat jumpa Hadis tersebut

Bersabda nabi Muhammad SAW yang bermasud :
Dan tiadalah hari yang beramal soleh padanya paling dicintai Allah melainkan sepuluh hari pertama Zulhijjah ini. Sahabat bertanya, "Bukankah jihad fi sabililllah?" Jawab baginda, "Ya termasuklah jihad fi sablillah, kecuali mereka yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawanya kembali walau sedikit". (Riwayat Al-Bukhari)

Hah! Apabila di-analize balik sebenarnya bukan galakkan berpuasa tapi galakkan untuk BERAMAL SOLEH 
"......hari yang beramal soleh padanya paling dicintai Allah melainkan sepuluh hari pertama Zulhijjah....."

maka tak semestinya BERPUASA kan kan kan,,, barulah tersedar bahawa kami telah tersalah tafsir perkataan beramal soleh.
jadi conclusion-nya ialah
  1. DigalAkkan untuk beramal pada 10 hari perta Zulhijjah kerana pahalanya lebih dari berjihad. dan amalannya tak tertakluk hanya kepada puasa.
  2. Puasa pada hari Arafah amat digalakkan 

Di dalam sepotong hadith sahih riwayat Muslim, Abu Qatadah meriwayatkan yang nabi ditanya mengenai fadhilat berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), maka jawab baginda:
"Diampunkan dosa tahun yang lepas dan yang masih berbaki."
dan last sekali jangan sempitkan minda kita kepada hanya satu benda sahaja. Contoh banyak lagi amalan lain yang boleh dilaksanakan ketika 10 Zulhijjah pertama seperti bersedekah, berzikir, solat sunat dan lain lain.

3.Jangan lupa ye kawan2 kita juga diharamkan berpuasa pada hari Tasyrik, iaitu 10,11,12, dan 13 setiap bulan. 

akhir kalam

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 

maaf zahir dan batin
*pelik bunyinya kalau cakap time hari raya korban tapi raya jugak kan! makan tak salah hoyeahhh*
*cilok kt fb beliau,,hehe*

Pencarian 100 pasangan sempena kahwin perdana 2010


Haaa,, kalau anda termasuk dalam kategori2 tu maka ape lagi, call la num yg tertera di atas tq

Friday, 12 November 2010

Julaibib

J U L A I B I B
cuba korang teka sapekah? apekah? atau dimanakah???

Julaibib is actually salah seorang dari sahabat yang of course lah hidup dan penah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Beliau adalah sahabat Rasulullah yang pelik dan lain dari yang lain and low profile... Kalau zaman dulu orang Arab nama depa ade ibnu atau Al cm Ibnu Umar or contoh mudah nama kita ade bin or binti, tapi Julaibib ni semua orang tataw beliau ni dari keturunan mana, kaum mana, mak ayah sape. semua orang cam taknak dekat2 ngan die sbb tataw keturunan dia apa sebab zaman dulu Arab Quraisy sangat mementingkan bab keturunan.Tetapi apa yang pasti beliau ni dari golongan Ansar dan orang Arab dan seorang Islam dan Rasulullah mengenalinya.

 'Julaibib' yang bermaksud small gown menggambarkan bahawa beliau ni seorang yang bersaiz kecil dan hampir hampir boleh diklasifikasi sebagai kerdil. Belaiu juga orang panggil hodoh disebabkan rupa parasnya yang kurang menarik. 

Julaibib amat dibenci oleh sebahagian masyarakat Arab mungkin sbb undefined background dan rupa paras yang tak cantik. sebagai contoh Abu barzakh tidak membenarkan Julaibib memasuki kaumnya dan sesiapa yang benarkan akan dibelasa. *cmtulah lebih kurang.

Alkisah pada suatu hari Rasulullah pergi ke rumah seorang Ansar untuk meminang anak gadisnya on behalf of Julaibib ni. Rasulullah menyatakan hasrat baginda untuk meminang gadis tersebut. Ansar tu pun gembira sangat sangat la sebab pada mulanya ingat Rasulullah yang nak kawen ngn anak dia. Haih sapa tak seronok kalu dapat bermenantukan Rasulullah s.a.w. Tapi Rasulullah kata tak lah bukan untuk saya tetapi untuk Julaibib. Ansar tersebut terkesima, terkedu,speechless sambil tataw nak buat reaksi muka camne. yelah nak buat reaksi gembira pun tak boleh sebab tak gembira nak bermenantukan Julaibib, Tapi nak buat reaksi sedih segan pulak sebab Rasulullah sendiri yang meminang. Jadi utk safe place dia decide utk bertanya kepada wife dia (ansar tu lahh).

Ansar tu pun tanya lah kat wife dia tentang pinangan Rasulullah. pastu apa lagi mestila Tak setuju, xkan la nak bermenantukan Julaibib. cmtu la konon2nye. Maka the Ansar pun bagitawu kat Rasulullah kata Maknya tak setuju... Si anak gadis tu terdengar la yang mak dia tak setuju n menolak pinangan tu lantas bertanya kat mak dia ape yang telah terjadi. Pastu Mak dia cerita la dari A to Z. Akan tetapi gadis tu tanye kat mak dia "Sampainya hati mak menolak pinangan tersebut. Bukankah itu permintaan Rasulullah. Tak mungkin Rasulullah membuat sesuatu yang akan memberi keburukan kepada saya. Sesungguhnya kalau Rasulullah membuat sesuatu pasti ia adalah suruhan daripada Allah s.w.t." Maka Rasulullah pun terdengar la tentang cerita tu terus kahwinkan Julaibib ngn gadis anonymous.

Ketika perang uhud *if not mistaken* cam biasalah after perang Rasulullah s.a.w akan tanya sapa yang telah syahid. Dah tanya dah kat semua orang then Rasulullah kata Julaibib tak ada pun. jadi semua orang cari Julaibib kt medan perang. And time tu Julaibib dah pun syahid di antara 7 oang musyrikin yang telah mati dibunuh olehnya sebelum syahid. Rasulullah pun letak la Julaibib kt pangkuan baginda dan baginda sendiri yang mengkebumikan jenazah Julaibib. Lantas Rasulullah s.a.w pun telah bersabda "Julaibib ini sebahagian dari aku dan aku sebahagian daripadanya"
Dari kisah ini menunjukkan betapa jauhnya Julaibib dari sahabat2 yang lain sampai takde sape2 pun yang sedar ketiadaannya dan betapa dekatnya Beliau dengan Rasulullah s.a.w... 

ulasan Izzah:
Besarnya pengorbanan anak Ansar itu sanggup berkahwin dengan orang yang boleh dikatakan Hodoh. kalau kita la kan tgk rupa hodoh nak berkawan pun taknak, jalan pun nak jauh2 je kan kan kan. namun disebabkan permintaan Rasulullah dan keimanan yang tebal kepada Allah s.w.t sanggup dia berkorban demi Islam. Tak perlulah mencari siapakah gerangan gadis tersebut sebab tak pernah pun disebut namanya di dalam Al-quran, cukuplah sekadar meneladani sifatnya dan keimanannya.

Tu je sharing untuk kali ini. semoga bermanfaat insyaAllah
hoyeahh ^_^

Thursday, 11 November 2010

DEAD at DESK FOR 5 DAYS


paling x blh belah quotation ni :

'Don't work too hard.Nobody notices anyway' 

hahaha tu kata mereka. Tapi sbg Muslim kita mesti yakin bahawa ada suatu kuasa yang maha bijaksana dan mengetahui yang sentiasa NOTICE segala pekerjaan kita. and kalau kita membuat keranaNYA kita pasti akan mendapat keredhaanNYA...Allahuakbar..  tp kerja2 yg baik je lahh,, yg jahat2 tu tak dapat la keredhaan.. tu saje. adioss 

*thnx to robot for the pic 

Friday, 5 November 2010




alhamdulillah... Im on holiday! after 14hrs a super xtreme flight. x de la extreme pun cume bnyk gegaran daripada biasa. tapi tetap sampai...
   Alhamdulillahirabbil'alameen~ 
   Welcome to UK izzah!! 

+Pengikut2+