Thursday, 29 July 2010

Rezeki di pagi Jumaat

Kaifa halukum jamiian alyaum? hopefully as fit as fiddle yo! *bahasa buku*

Di suatu pagi yang hening jam 8 am aku, Ain n Bellaas well as Munir bergerak keluar untuk ke Kelas.. dalam hati aku berdoa "Ya Allah, bagilah kelas pagi ni cancel, sebab ngantok sesangat1000 ameen"  Tiba tiba jeng jeng jeng.. "arruhul jadid fijassadil ummah....." (Ringtone fon aku) oh Arel call.....

Arel: Hello2.. wey ko kt mane??
Izzah: Aku kt luar Ilmiah nak pegi kelas ni..
Arel : dah3 balek3.... Kelas Cancel Sir tampal kt pintu kelas.
Izzah : ohh yeke,, yes yes (Alhamdulillah ujarku dalam hati hehehe) thnx bro...bye
Arel: orait,, bye

(Dialog diatas diubah sedikit mengikut kesesuaian)

Yess kawan2 jom balek kite sambung tido.....Plan awal camtu lah. Tapi, Ain ngn Bella ajak pule aku pergi ke Wisma. Alkisah senanye kami AJK Biro Kebajikan kene kutip derma untuk diberikan kepada keluarga susah sempena program 1Malaysia. Jadi kami kene la pegi ke wisma untuk kutip derma. Dekat  wisma kami dapat banyak derma dari staf staf kt stu. Kami mulakan dekat Department Kewangan. Time kami kutip2 tu nampak depa cm tenga ready untuk sesuatu.

Nak dijadikan cerita rezeki kami gamaknye, time kami kutip2 derma tu depa staf2 tenga ready2 nak buat tazkirah pagi, Encik Rosli ajak la kami dengar skali, actually mule2 kami cam sesegan... tapi setelah di-consider kami pun berdiri la sama dengar ape yang di-tazkirah kan. Pada hari tu aku dapat la ilmu sikit tentang Amalan-amalan yang terbalik yang diamalkan oleh masyarakat harini, sedikit sharing :


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati 

selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan 

seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di 

mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk 

keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga 

tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan 

belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir 

makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim 

yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum 

dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 



2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam 

berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak 

dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau 

ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya 

kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke 

kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi 

makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas 

dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, 

pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu 

perbuatan yang terbalik. 



4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan 

nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, 

sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang 

supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 



5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat 

malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah 

seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 



6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang 

berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan 

setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa 

adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di 

bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 



7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri 

sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri 

pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari 

bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat 

kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 



8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. 

Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau 

anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu 

hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru 

tuisyen sanggup dibayar sebulan RM200.00 tapi kepada Tok Guru Quran nak 

bayar RM15.00 sebulan pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan 

kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran 

atau bersolat dari tidak lulus periksa. 



9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, 

mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi 

peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak 

ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia be gin i, 

rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 



10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, 

bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan 

yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias 

untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga 

kurang bahagia. 



11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk 

gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak 

benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain


Renung2kan lah....
Lepas dengar tazkirah kami pun nak beransur pulang lah ke tempat lain, lps tu kami digesa oleh Encik Rosli, Ustazah dan lain lain untuk join depa makan...Alhamdulillah save bajet aku pagi tu x payah nak beli breakfast. Maka betol lah bangun pagi mmg murah rezeki... 

Akhir sekali aku rasa bersyukur sebab aku tak trus balek n sambung tido tadi :) banyak pengajaran aku dapat pagi tu.. Alhamdulillah..............


Friday, 23 July 2010

Booth Kelab 2010

Date: 21 July 2010
Venue: Perkarangan AA dan AB
Masa : 8am - 6pm

Assalamualaikum kawan2.. Saja2 nak berceloteh seketika. Cerita sket pengalaman menjaga booth persatuan. Hari Rabu lepas aku ditugaskan untuk menjaga booth Persatuan Pengajian Islam (PPI) and booth Kelab Debat.. fuuh,,, penat wey,, dok kt bawah khemah atap zinc dari tghari hingga ke petang. Lamo woo,, Time jaga booth tu kami telah dibahagi-bahagikan tugas dan aku rasa sungguh 'bertuah' apabila dipilih sebagai

S K U A D  H E B A H A N

which are tugas yang paling penting yang akan menerangkan most about PPI katanya laa. Memang hebah habislah, cakap tentang tu ini.. hemm,, malu jugak la sebab although aku ni banyak cakap, tapi bab nk promote2 ni lemah sket. pelik jugak aku nape la aku x suka promote2..haihh.. Oh aku tawu sebab aku kan P E M A L U lalalal~Saket tekak den dibuatnye mane tak nye, booth kami dekat ngn speaker DJ jadi suara yang merdu ini terpaksa melawan kadar volume speaker tu.... Walaupun on that day aku ade a few kelas, aku tetap merajen2 kan diri untuk jaga booth tu,almaklumlah tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kene la laksana dengan penuh bertanggungjawab *insyaAllah... Tapi sebab excited sangat nak jaga booth, sampai kat kelas tu dah x senang duduk,, hahahah ape la merepek je~


 Selain dari itu, aku sungguh seronok apabila kami pakai baju PPi yang baru!! fuuh cantek2 (spt pic diatas),, ramai orang puji.. after kami da siap2 kemas pegi la ke CRK ade pacik2 tanye "Sekolah mane ni dek??" "skolah?? x delah kami dari Uniten" waah x sangke rupa2nya kami ni muda lagi,,macam budak2 sekolah..weweeet~~ Namun ade jugak yang kate kami marhaban.,. huhu ade jugak yang kata kami ni kumpulan nasyid dan lain2 lah segala jadah gelaran..... Namun kami tetpa seronok pakai baju kaler Petronas tersebut..........

Tambahan lagi pada hari kejadian aku juga kene jaga booth Kelab Debat tercinta. tp takde la jaga sangat pun since that tugas aku lebih besar di PPI .. Tapi aku tetap promote kelab debat!! yeeeha! Thanks to Nafili sebab die jaga dari pagi sampai la petang.. rajin sungguh, Thanks to the rest juga kerana rajen turun padang untuk jaga booth.... Anda sume mmg cool! 


Sunday, 18 July 2010

meratapi

Saya super duper banyak keje ni........................................
tulun tulun.....

"Ada dua nikmat yang mana manusia sering lupa kepadanya, (assihhatu) nikmat kesihatan, (wal faragh) dan nikmat masa lapang".

hargailah masa lapangmu wahai kawan2 ku 
Photobucket

C U T I Chapter 2



 Sambungan from chapter 1 :)

After menjelajah terengganu *although x menyeluruh* aku menuju ke 

JOHOR DARUL TAKZIM

Kat Johor ni aku x plan nk pegi mane2 just dok rumah teman nenek tercentaaa.. *cucu mithali*... Cume aku g visit rumah Pak Ngah n Mama ros. Melayankan Kiki aka Aliff main... da besa da!! cumel juge.. Kak Ica pulak sarat pregnant.. Twin baby katenye... This week kak Ica nak operate nk kua kan baby dari perut.. Hopefully selamat... Ameen... Lame jugak aku dok kt sini, almost 5 days....... 

After 5 days aku bergerak ke Musha Darul Hutan untuk jumpe Dato' Jamaludin Jarjis untuk mohon sponsor untuk program Eyes On Tioman.. nak jupe dato' tu plak kt Mesyuarat Agong Wanita Umno Rompin.Aku tumpang kjap rumah Madam Rohaida n drove her car..First time drive auto!!!! excited bebb!!!! kt meeting tu tibe2 dato' datang lambat pulak,, haihh x pasal2 aku kene dgr meeting tu dari awal sampai habis... Rasenye aku sorg yg mude kt stu,,almaklumlah akus sepatutnye PUTERI umno bukan Wanita, if aku nak join Umno la. Dengan penuh kesabaran aku menunggu akhirnya aku dapat jupe Dato' n beliau approve permohonan aku... Alhamdulillah..................... 

Esoknya Isnin 21st June 2010 aku pun teruskan ke Putrajaya pegi rumah Kak Nurul.......

memandangkan aku ni kazen+aunt yang baik, so aku tolong la kak Nurul jage baby Fatih :) best3... lagi satu aktiviti yg best jugak aku bake cup cake!! yeay,, tolong sikit2 je tp menjadi wooo,, i'm so proud of myself alhamdulillah..................  Selain dari itu, aku pegi ke sekolah tercenta > SBPI Rawang Selangor.. Aku drive pegi sane ngn Ajlaa n Yah! although xtaw jalan aku da buat research pasal jalan,, tersesat2 tapi sampai jugak ke Sekolah... Ape yg bestnye kt skolah tu is dapat jupe cikgu2 n depa kate aku da Kurus wey,,,,, seronok!


After pegi skolah kami berangkat ke Sg Congkak..... Tapi geram jugak otw nk pegi sg Congkak kami SESAT!!! huuuu,, sesat lame selame 1 jam kt Putrajaya nk pegi the Mines je puunnn,,,, hemm da la minyak da nak abes, si Jla ngn Yah dok bising pasal minyak, aku plak pening pk pasal cane nk kua dari tempat bangunan2 kerajaan.... Namun, thanks to SYAMIL sebab sudi tolong kami thru the fon.. after that baru kami realize x susa pun nk kua dari stu,...  then Off we go to Serdang.. jupe2 mus terus g Sg Congkak! 


Pegi sesat balek pon sesat.. ni sume sebab instruction si Mus n sedikit kesalahan aku.. haih,, ape la ko ni mus,, salah bagi instruction, last2 aku ngn jla cari jalan sendiri,, Sepatutnya sampai petang, tp sampai malam,,, Kesian jla kene menghadap parent die,,,
Photobucket
 Mintak maaf macik n pacik! saya x berniat pun nak bawak jla jalan2 sampai malam.... 
Akibatnya aku da x brani nk kua ngn jla da pasni....

 To be continue again....

Tuesday, 13 July 2010


Walaupun da lambat tapi takpelah...

H A P P Y - B I R T H D A Y BOS!

Semoga dipanjangkan umur and
 dimurahkan rezeki selalu

Anakmu yang solehah,        

Monday, 12 July 2010

C U T I Chapter 1

Assalamualaikum kawan2...............
Dah lame x berceloteh kat sini,, almaklumlah bz+Malas+xde tenet = x update blog



Haritu aku cuti sem break 3 weeks,, puas puas puas hati dapat cuti lame!!!! maka seperti kebiasaan orang2 yang hidup secara nomad, aku merayau2 di sekitar Malaysia, 1st destination aku pegi is Terengganu!




Seronok dapat jumpe kawan2 kt terengganu. Dengan menggunakan skill Driving aku yg semi-pro, aku drive la sekitar Terengganu ngn kawan2. Kami sewa Viva hijau.. fuuh penat ohh bawak viva, saket badan aku,,haishh..Passangers : KYRA LINA AJA TEHAH KUCAI... pot pet pot pet dalam kete.. mulai hari tu baru aku faham ape perasaan driver apabila passengers banyak cakap, akan rase TERGANGGU!! hahahahha, papehal pn itu lah kawan2 aku x blh nak buat pape da... depa mmg cmtu...
1st destination aku is Masjid Crystal, actually mule2 nak masuk yg kt tempat banyak2 replika masjid tu, tapi memandangkan sume ahli grup kami da jatuh pokai, tunggu mase je nk bengkrap, so kami x jadi masuk, jalan2 je by the river.. usha2 orang borak2 snap2 pic.. Then singgah la kejap kt masjid kristal yang super duper banyak orang kami menyelit2 jap amek pic,then off we go.....
After pergi masjid kristal, pegi la makan2 kt mydin usha2 barang jap then tibe2 rase cam nak main bowling, maka roger la kawan2 lain >APAM & KUCAI. Depa pun xde hal so oke la,, pegi ke tmpt bowling kt Dataran shabandar tup2 da penuh, tuka la ke TER dkr Masjid Terapung yang juge penuh. Last2 kami dok je kt tepi laut kt masjid terapung aka LAGOON borak2 n sharing2 ilmu yang ade. Tepat jam 5.30pm kami gerak ke Gong Badak untuk ziarah jiran lama aku..... ALhamdulillah keadaan ayah kak Nadia seems semakin pulih. Semoga Pak Cik sihat ya! Then kami hantar Lina balek rumah teros pulang ke rumah Aja.......Tamat la aktiviti seharian kami di BANDARAYA KUALA TERENGGANU..


Banyak jgak insiden2 yang merbahaya seperti nak langgar devider, tiang elektrik 2 kali tapi itu tak menghalang kami menikmati masa bersame *cewwah...... 


Esoknya.....

Kami pergi ke Air terjun Sekayu kt mane tah tataw,, lepak2 mandi manda, main2 air dengan Suma,Kyra,Lina,Fatin,Aja........... Best! 3 kereta konvoi Honda+Viva+Waja.. Thanx to kak Yah yg sudi masakkan lunch untuk kami :) Masakan anda memang Superb! yeay~

Malam tu jam 8.30pm aku meneruskan ekspidisi masa cuti aku ke Johor Darul Takzim,
off me go!

p/s: thnx to family aja yang sudi taja penginapanku di sana :) jasamu akan ku kenang...


to be continue....

+Pengikut2+