Tuesday 22 November 2011

Dosa, Taubat, Hijrah


Kehidupan kita tak lari dari kesilapan, khilaf, dosa dan seangkatan. Namun, sejauh manakah kesedaran kita terhadap dosa yang telah kita lakukan? Ya Allah ya tuhanku, sudah tinggi menggunung dosaku.. Apakah engkau masih lagi menerima taubatku Ya ALLah..?

Hijrah. apakah itu HIJRAH?
kita selalu fikir, hijrah tu ialah perpindahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah.. 

hmm sebenarnya, hijrah ialah Perpindahan dari suatu keadaan kepada satu keadaan yang lain sepsifiknya dr suatu keadaan kepada keadaan yang LEBIH baik. Berhijrah ini bukan lah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan determination and persistence yang sangat tinggi. 

Kenapa sy berkata begitu? kerana sy sedang menghadapinya sekarang. utk buat masa yang awal anda mungkin akan gagal. itu adalah kerana anda tak kukuhkan pendirian anda Maka anda MESTI mengukuhkan pendirian dan jati diri anda walaupun ape yg berlaku. 

Berhijrah memerlukan pengorbanan tak kirala la sacrifice masa, duit malah mungkin orang yg anda sayangi... tapi anda kene yakin, bahawa setiap pengorbanan yang anda lakukan ke jalanNya pasti akan di balas dengan sesuatu yang lebih baik.Bersangka baiklah kepada Allah, sesungguhnya Dia maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Dia amat menyayangi hamba hambanya yang sanggup berkorban demiNya..

Selain dr pengorbanan, apabila ingin berhijrah, anda mungkin akan terpaksa menghadapi tohmahan atau kata2 nista dari manusia.. Ada yang akan kata "dah la weh, kau x sesuai la jadi cmni" atau mungkin "kau x ready lagi utk jadi baik" lantas anda nak reverse balik ke diri anda yang asal. oh apekah? Jangannn  jangan cenggitu...
Seorang sahabat sy ada bagitaw 
"Kenapa kau nak malu untuk membuat kebaikan? Tak perlu malu untuk membuat kebaikan. Kelak nanti Allah akan malu dengan kita di Akhirat kerana kita membuat kebaikan demiNya"
Janganlah malu untuk buat kebaikan, tetapi malulah untuk melakukan maksiat. 

Mungkin juga ada yang terfikir begini:
"Buat apa nak bertaubat? aku da memang banyak dosa da pun, mesti Allah da x nak terima taubat aku, banyak sangat dosa aku...."
Ya pasti semua orang pernah melakukan maksiat.Tetapi, lupakanlah yang lepas dan buka lembaran baru. Mintalah keampunan daripada ALLAH atas dosa dosa yang lalu sambil reimburse dosa dosa tersebut dengan amal kebaikan. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha Penyayang.


Sekian untuk kali ini.....

Katakanlah : Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan maksiat), jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah, keraa sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Zumar:53)

Awak, jum ikut sy berhijrah.....

+Pengikut2+