Saturday, 22 January 2011

RUMPUT LALANG



Dunia ibarat rumput, akhirat ibarat lalang
Di mana ada LALANG disitu semestinya ada RUMPUT
tetapi
dimana ada RUMPUT disitu semestinya tak ada LALANG

apekah maksudnya??
Apabila kita kejarkan DUNIA iaitu sang rumput, maka AKHIRAT tak akan ikut sama
tapi if kita berusaha ke arah AKHIRAT maka dunia juga DUNIA akan turut ikut sama....

ALLAH akan sentiasa memabantu hamba-hambanya yang sentiasa ikut dan patuh akan suruhannya..


insyaAllah 

Wednesday, 19 January 2011

G.O.G

Oh lihat semalam saya dapat g.o.g
g.o.g tu apekah??
G.O.G tu Greet O Gram. 
ia adalah final year Marketing student final project.
Thanks to Mr D for those candies, pinky bear, n poem yg saye x faham....


Bukan saya sorang je yg dapat... Roomate saye bella pun dapat jugak...
tp die nye up sket RM20 nye tp takbest sbb bear die tak comel..
booo to bella
lala


credit this post to Izzat 

Thursday, 6 January 2011

Manifestasi cinta


Peserta peserta Halaqah WAJIB ye..
  

Sunday, 2 January 2011

In relationship with whom??

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu....... dan salam sejahtera saya ucapkan buat rakan rakan pembaca blog yang setia dan tidak setia... Kali ni ana (buat transformasi diri la sket ye) nak share sket pendapat ana yang tak seberapa ini.....

Jalan2 ronda rondi facebook, biasa lah suma orang nak buat in relationship in relationship tp ana x berapa nak setuju la apabila kita ni manusia yang beragama Islam ni buat in relationship with kaum sejenis ngan kita. Selalunya yang buat benda2 ni gigirl la, Guys ade jugak tp rarely found. 

Allah melarang kita membuat hubungan sejenis iaitu lelaki dengan lelaki n gigirl with gigirl atau dalam bahasa kasarnya Lesbo n Gay.


Walaupun yg kita letak in relationship tu just like close friend or good friend or best friend or ape2 jela suka hati kome la nak gune term apa pun, tetapi ana takut ia akan mendatangkan fitnah kepada Islam.
Sebagai contoh if non-Muslim tengok seorang girl nama Minah in relationship with Siti Zaidah, mereka MUNGKIN akan bersangka bahawa Islam menghalalkan hubungan sejenis. Lantas tiada bezalah antara Islam dan agama-agama lain. Sedangkan Allah melaknat amalan tersebut.
Ana bukan lah nak kata kome kome yg letak tu lesbian ke gay ke cuma DITAKUTI je tindakan korang itu akan memberikan impak negatif kepada imej Islam.

Ini sekadar pendapat ana. Ana harap agar perkara ini tak berlaku lagi dah... 
Beringat ingatlah sebelum melakukan sesuatu, agar tidak menjadi fitnah kepada Islam.

Sekian tq
*nama nama yang disebutkan tiada kaitan antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Saturday, 1 January 2011

Debat Royal 2010

Alhamdulillah diberikan masa lapang dan kesihatan oleh Allah s.w.t pada hari ini. Dan aku berpeluang untuk update blog setelah sekalian laaaaaaaaaammmmmmmaaaaaaaaaaa tak update. A little bit lazy ^_^

Last month aku terpaksa dan dipaksa last last minute masuk pertandingan Debat Piala Diraja kt UTHM, Batu Pahat. 

Date: 17th Dec 2010 - 22nd Dec 2010
Venue : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 

Kami dok kt sana selama 5 hari . Sepatutnya 6 hari tp 5 hari je sebab kami x dapat nak masuk quarter n ade banyak kelas, quiz, assignment yang perlu di-settle-kan. 

Aku masuk team Junior 2 je. Dimana matlamat penghantaran group ni adalah sebagai proses belajar dan menimba pengalaman. Ni baru first performance aku sejak aku berkecimpung dalam dunia debat. Banyak benda wooo aku belajar. Rasa bersyukur sebab aku dipaksa join. Rasa cam gian nak berdebat lagi selepas ni. Aku join 6 matches. 

Pusingan 1 : Washington dan Tehran : Buku bertemu ruas
Pusingan 2 : Selat Tebrau semakin sempit 
Pusingan 3: "Green politic" merawat politik Malaysia
Pusingan 4: Blok Ekonomi menyongsangkan globalisasi
Pusingan 5: Makdonalisasi (Mcdonalization) memugar citra tempatan
Pusingan 6: 'Keranamu Myanmar' ASEAN lebih bermakna 

Group aku menang 1 daripada 6 match..sedihkan tp takpela for the first time is quite ok, tp team2 UNITEN lain dpt bagus2 je result, but depa da senior, padan la dgn experience depa yang banyak tu..huhu
 
 my dear team mates 

 Hem hope lepas ni kami nak lebih rajin berlatih and kene lebih banyak menimba ilmu *cewwah kene banyak bace current issues and practise bercakap supaya lebih fluent. So that in the future aku dapat meningkatkan diri ke taraf yang lebih tinggi insyaAllah.... 

adios amigos gua choww dulu..
assalamualaikum



Friday, 24 December 2010


Oke taw da blog ni mmg layak utk diberikan award cewwah cewwah perasan je tuhhh

thnx to yah! luv u dear

Sila jelaskan kenapa anda suka ber-blog?
>>sebab suka hati saya la nak suka ape pun haish

Apa motif anda tarik followers? Anda superstar kah?
>>yep saye superstar! 

Cerita sikit perangai anda.
>>Talkative dan degil tp dalam hati ade taman woohh,, kind of workaholic

Pernah terfikir nak masuk magazine dan mewar-warkan  blog anda? Mengapa?
>>mau mau mau plzzzz

Sila tembak bloggers lain.
 penulis-penulis blog:

Shazni
Siti
Iffah
Izzat
Wani
Kak Balkis Kunhi
 

Tuesday, 30 November 2010

Ukay

Ok cuti dah tamat..
Ni mungkin the last winter i will ever had sementara family kt sana
insyaAllah ade rezeki dapat further study abroad
mungkin dapat la rasa snow lagi..


 
I miss u guys

ohh Princess in Grey



Miss my bro Abbas sibuk ngn snow ball die.

n Qistina

n adek2 yg lain sorry ler gambo kome takde
Terima kasih mak n ayah sbb sponsor izzah pegi sana n shooping mcm2 hehehe
dalam hati ni berat nak balik tp ade tanggungjawab utk belajar kt Uniten de Hutan maka terpaksa la balik
apekan daya, Allah dah tentukan apa yang terbaik untukku..
moh2 la berusaha untuk sem baru

berusaha mencangkul ilmu di Uniten!!

*Still in jet lag mood, x tido selama 2 hari dahh


Thursday, 25 November 2010

Death!

Semalam nye semalam punye semalam, saye dating dengan ayah saye then berselisih ngn satu kereta jenazah and 2 limos yg mnengandungi family jenazah orang Krisitian lah tapi. tibe2 ayah telah berkata :

3 perkara akan mengiringi jenazah pada hari kematian :
  1. Sanak saudara
  2. Harta
  3. Amalan
2 akan balik dan 1 akan ikut ke lahad iaitu AMALAN. Harta dan Sanak saudara akan balik meninggalkan jenazah.. Life must go on...

Dan setiap insan PASTI akan merasainya cuma masanya kita tidak tahu...

 “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).



Monday, 15 November 2010

Puasa 10 Zulhijjah

Siang tadi aku ditanya oleh seorang sahabat soalannya lebihkurang begini

"Kita digalakkan berpuasa pada 10 hari pertama di bulan Zulhijjah tapi raya kan 10 Zulhijjah,"


Lepas tu aku pun terfikir. Haah kan kita digalakkan berpuasa 10 hari pertama bulan Zulhijjah tapi 10 Zulhijjah dah raya HARAM puasa. hoh sudahhhhhhh hadis dhaif ke ape ke camne ni????  hmmm....

Dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "

Then kami pun buat research, then dia dapat jumpa Hadis tersebut

Bersabda nabi Muhammad SAW yang bermasud :
Dan tiadalah hari yang beramal soleh padanya paling dicintai Allah melainkan sepuluh hari pertama Zulhijjah ini. Sahabat bertanya, "Bukankah jihad fi sabililllah?" Jawab baginda, "Ya termasuklah jihad fi sablillah, kecuali mereka yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawanya kembali walau sedikit". (Riwayat Al-Bukhari)

Hah! Apabila di-analize balik sebenarnya bukan galakkan berpuasa tapi galakkan untuk BERAMAL SOLEH 
"......hari yang beramal soleh padanya paling dicintai Allah melainkan sepuluh hari pertama Zulhijjah....."

maka tak semestinya BERPUASA kan kan kan,,, barulah tersedar bahawa kami telah tersalah tafsir perkataan beramal soleh.
jadi conclusion-nya ialah
  1. DigalAkkan untuk beramal pada 10 hari perta Zulhijjah kerana pahalanya lebih dari berjihad. dan amalannya tak tertakluk hanya kepada puasa.
  2. Puasa pada hari Arafah amat digalakkan 

Di dalam sepotong hadith sahih riwayat Muslim, Abu Qatadah meriwayatkan yang nabi ditanya mengenai fadhilat berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), maka jawab baginda:
"Diampunkan dosa tahun yang lepas dan yang masih berbaki."
dan last sekali jangan sempitkan minda kita kepada hanya satu benda sahaja. Contoh banyak lagi amalan lain yang boleh dilaksanakan ketika 10 Zulhijjah pertama seperti bersedekah, berzikir, solat sunat dan lain lain.

3.Jangan lupa ye kawan2 kita juga diharamkan berpuasa pada hari Tasyrik, iaitu 10,11,12, dan 13 setiap bulan. 

akhir kalam

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 

maaf zahir dan batin
*pelik bunyinya kalau cakap time hari raya korban tapi raya jugak kan! makan tak salah hoyeahhh*
*cilok kt fb beliau,,hehe*

Pencarian 100 pasangan sempena kahwin perdana 2010


Haaa,, kalau anda termasuk dalam kategori2 tu maka ape lagi, call la num yg tertera di atas tq

+Pengikut2+