Sunday, 14 February 2010

Yeeha~


Kan ku panjatkan kesyukuran kepadaNYA sebab finally aku da abes EXAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kegembiraan yg x dpt nk digambarkan, org2 yg hadapinye je faham,.. haha,., so, alhamdulillah jgak after 18 hours journey aku pn sampai la kt my rumah!! 
 14 hours dalam flight mmg memenatkan, almaklumlah direct flight,, mcm2 dugaan, aku mabuk udara ke? pelik disitu ye.. nk kte 1st time x jgak, maybe aku penat sgt2 kot,, travelling for about 2 days, mmg penat.
This time aku chose 



Aku chose ke? mak aku yg chose, aku naik je~ oke la jgak, sbb nk cepat en,so terpaksela neik yg ni...

villa de avenue~


woaah,,lega rasenye da sampai, ate mane x nye, slame ni asek menumpang kt rumah org lein en, ni dpt gak a mrase dok rumah sendiri..[although just rent it]..maka bile da dok rumah sndiri ni boleh la buat suka suki hati,, 

           PLANNINGS FOR THIS SEM-BREAK: 
  1. SHOPPING
  2. Spent time with family
  3. Got to London
  4. hang out with ABDULA n SALMA
  5. Lepak2
  6. blaja masak mungkin..
List bkn mein banyak, bajet cuti cm sebulan je~  alah, aku rse sempat je nk buat sume2 ni in 2 weeks tim,, haih, cuti 2 weeks je,, xpe la,,stended cuti uniten paleng lame, engat ag pacik hashim ke hisyam, tah la, pacik bas la yg kompem nye, " Dok ipts ne x blh cuti lelame, t rugi a baya kan, baya da la mahal, x kn nak bazirkan ngan cuti lelame" erm,,, btol gak tu,,[bajet cm sendiri baya].. x pe lah,,dugaan time study~


time on the journey cm biase la, new friends~ aku dpt kenal ngan sorg incik ni,dari taiwan, keje as akauntan kot, tah la, susa tol nak faham org2 blah2 situ cakap. die travel nk g germany , tapi singgah minggah sehari kt kl, sehari kt london then portugal, b4 arriving kt German. hebat tol die,,
 time aku neik flight tu pelik sket, sebab aku nmpak ramai rockers,, tup2 da turun rupe2nye grup2 amy search nk bt concert tour kt ireland,, ohh,, aku engat nak gak snap pic ngan beliau, tp aku pn da x de mood malam tu, so aku tgk je la die,, huhuhu~

tu je kot celoteh aku, aku nk spend mase SEMAKSIMA kt sni, t kt u da x de chance dah,, 
UNITEN dan isi2nye, dont miss me k!

adios~


Thursday, 11 February 2010

Apakah dosa baby ini?

MasyaAllah!! have a look friends!!


MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.

Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.
Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.

Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.

Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.
Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.

Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.

“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.

Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.

Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.

“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.

Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian."

“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

coretan izzah:
ape nak jadi manusia akhir zaman, ni mesti kes nak lari dari masalah.. haish, berani buat berani la tanggung.. REMEMBER! THINK BEFORE U ACT! ini la padahnye ZINA! Semoga kita semua dilindungi dari berkecimpung di dalam anasir2 jahat ini, Nauzubillah...~

credit to UTUSAN MALAYSIA 10 Feb 2010

Sunday, 7 February 2010

What a wonderful weekend

1 K A M I

first of all, let me define what is 1 K A M I is all about 
1 - unity among Uniten's student regardless their races and religions 
K - knowledge is
A - about
M - maximizing
I - intelectual
Alhamdulillah my 2nd mission accomplished. Being as one of the 1 KAMI commitee members was superb. Aku was working under EXCO PROTOKOL HUBUNGAN LUAR DAN SPONSOR.. kinda hard cuz we deal with VIPs,,, huhuhuhu., sepanjang pengalaman aku time jd ajk ni aku bnyk diberikan tunjuk ajar, especially Abg Hadi, ngan Kak Leen.. depa banyak ajar aku ngan wani dalam bidang protokol n sponsor,, thnk abg n kak!! hak3~ 



Penyambut tetamu,,huhuhu



mission accomplished!

The next day, aku skipped dr 1 KAMI, berizin!! thnz abg isham n kak masyit kerana mengizinkan ku pergi.,,huhuh.. aku pegi ke amali driving, and for the 1st time in my life i DROVE A CAR!!!! x sangak gue,, although sedikit terhuyung hayang, termati kt tengah2 jalan, tersalah masuk lorong, sedikit drift dan lain2,, aku tetap akan anggap ia as a challenge for me to get the lesen P,,insyaAllah......



Then on Sunday : aku spent my whole day at home, da lame woo x dok rumah cmni, cme ade la kene buat keje SIFE sket2,, makanan n so on.. kemas2 rumah, do some revisions and uruskan diri . As well as persiapkan diri utk ke medan pertempuran esok....


TOMORROW!!
there will be a war between FOUNDATION STUDENTs intake 2009/2010 at DP1 with a set of  question !! i know i can do it! if everyone can do u also can do!All the best to all my friends in UNITEN regardless bangi or Musha~ Hopefully we get the results with flying colours...... 

ya Allah permudahkanlah segala urusanku,,ameen~

Saturday, 6 February 2010

One day I'll be like her!!



5 FEB 2010 - SEORANG pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di University of Leeds dipilih sebagai penerima The Queen Anniversary Awards apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom. 



Noor Zaiton Yahaya, 44, yang juga pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah berprestij itu yang akan disampaikan Ratu Elizabeth di Istana Buckingham pada 19 Februari ini. 



Noor Zaiton adalah antara dua pelajar PhD antarabangsa di Institut for Transport Studies (ITS) universiti berkenaan, yang layak menerima pengiktirafan berkenaan.ITS yang mempunyai 35 pelajar PhD dari seluruh dunia, adalah institusi penyelidikan sistem pengangkutan awam dan pengawalan pencemaran terbesar di Eropah serta menjadi pusat rujukan global.


Saya berterima kasih kepada kerajaan yang menaja saya belajar di sini dan juga keluarga terutama suami," katanya. 



Noor Zaiton berkata, beliau akan memperkembangkan hasil kajiannya untuk diguna pakai di Malaysia sekembalinya ke tanah air selepas menamatkan pengajian. 



"Saya banyak menerima tawaran untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan taraf pengawalan pencemaran udara dan akan cuba menggunakan kepakaran yang ada di Malaysia," katanya. 

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata pengiktirafan itu memberi peluang kepada penyelidik lain untuk pergi lebih jauh dalam usaha mereka meneroka ilmu dan teknologi baru untuk dimanfaatkan bersama.



Dr Aziz berkata, kejayaan Noor Zaiton juga dapat menyuntik semangat pelajar PhD lain dalam meningkatkan usaha menjayakan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan bagi membantu kerajaan membangunkan negara. 



"Pengiktirafan itu membolehkan negara memiliki pakar dalam sistem pengawalan pencemaran dan diharap sebaik menamatkan pengajian, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh itu dapat dikongsi bersama dalam memperkemaskan pengurusan alam sekitar," katanya.


Bravo mak!!........ 

Thursday, 4 February 2010

Alhamdulillah,, my first mission accomplished tonight dengan jayanya.... so, after this i'll working on the 1 K A M I karnival.. woaa~ what a bz weekend,,  btw, thnx to everyone yang membantu ana dalam menguruskan majlis ni especially  to Ain, Wani, Aina, Bella.....

Sunday, 31 January 2010

R A B B I T aka B U N N Y


Otakku mnjadi tegang disebabkan seharian study [study kah??] kt library tadi.. So utk mengurangkan kadar ketegangan, aku nk share ngan kome ttg sehaiwan favourite aku iaitu x lein x bukan sang BUNNY!!

BIODATA animal kecik yang cute ni..............

Name: RABBIT
Nick name: Bunny
Kingdom: Animalia
Superphylum: Chordata
Class: Mamalia
Order: Lagomorpha
Family: Leporidae

Rabbit ade macam2 spesis..
Below are Someof the species

North American Pika
European rabbit
Black-tailed Jackrabbit
 
Pygmy rabbit
 
Amami rabbit
 
Arctic hare
 
 Black-lipped Pika

  
Eastern cottontail
 
Mountain hare
 
 Volcano rabbit

  
Brown rabbit

Swamp rabbit
Antara rabbit2 yg femes :
Bugs Bunny...

Rabbit Winnie the pooh~ So comel!
Rabbit animals yang comel!! huhuhu~
I wish to open a Rabbit zoo one day.. hihihiihih~ Sebagai makhluk Allah kita semua ade hak, Rabbit pon ade hak. So, sebagai manusia yang dianugerahkan akal,kita hendaklah menjaga hak2 bersama, bukan saje hak rabbit, tp hak Sume animals, jang sewenang2nye merosakkan ecosystems n melakukan pencemaran, because depa [animals] pon ade hak utk hidup aman dan harmoni,,sekian~

Thursday, 28 January 2010

Tips nak kawen cepat!

Assalamualaikum... Ana nak share thread yg dibaca kt IluvIslam tadi,,pasal jodoh! erm,,, 
Tips yang boleh diamalkan agar dipercepatkan bertemu jodoh yang beriman, insyaAllah~

1.Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah


6.Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu aja lah orangnya.(Tawakkal)

7.Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

11. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.
 
Selamat mencube ye kawan-kawan!! 
 
"Dan hamba-hamba yang beriman itu berdoa, Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan anak-anak kami yang jadi penyejuk mata kami dan jadilah kami petuan orang-orang yang muttaqin."(Surah al-Furqan:74)

credit to Iluvislam.com

Wednesday, 27 January 2010

Happy Birthday to TOK KI JANG!!

 

HAPPY BIRTHDAY TO AZAM aka TOK KI JANG!
hg da TUA!! umo da 14!!!
so buat gaya abang betol2 kt abbas, Ina ngan amad aw!
hopefully hg panjang umo n mura rezeki!
n pesanan terakhir dr kakak hg yang tercenta ney> jgn nak asek main game je!
tolong mak ngan ayah, hg tu boy 1st dlm family!!
huhuhu~

Tuesday, 26 January 2010

Farewell Party


Yeeha! it's almost at the end of out 2nd trimester!!!! We only have approx~2weeks to go before the final,,huhuh~ so horrified me!

To 'celebrate' it, we held a farewell party with Madam Rohaida > English teacher <.. She taught us [the JPAs] for 2 trimesters; 8 months since july. She's a good and an easy going teacher. So far we dont have any problem with her yet,, huhuhuh...
Madam Rohaida

We got French fries,Tuna sandwich, Nuggets, Bihun goreng, with air sirap limau...She sponsored most of our dishes yesterday while the preparation done by me n my classmates ourselves..[hebat bukan.. haha].

  Dishes~~ Sandwiches prepared by me, muni and bella~

We dis this party at the park near the lake of UNITEN,, although it was raining on that day, Alhamdulillah at 5.45pm, the rain stopped and the benches were not too soaked. So, ok la~

Su Ann n Mei Gi


Sitting from left : Izzah, Jonah, Kenny chin [band 6!] , Muni , Ain
Standing: Wei Ting, Suit May, Ang Siang Wei,Eilin, Brenda, Hum Huei Theng
Kenny duduk cam gamba kelas plak,,huhuhu

Time makan2 we snapped some pictures..:


Muke bahagia kanak2 riang,,

 Izzat, Safuan, Izzah n Opie!

Ade org pasang perangkap utk biawak for the fishing competition!

Then at 7 pm we went to Balai Islam to perform maghrib prayer jamaatan~Safuan be the Imam!
huh,, yesterday was great.... Lastly after perform solah, we continue our lesson on essays,, 3 last groups had to do their presentation,, including mine!! huhuhu,,sooo tired~

Wani, me n Aini

Last but not least, I hope we can see you again madam Rohaida! Thanks for everything you taught us!... erm, I think that's all for this time,, Maassalamah Wailalliqa'


Thursday, 21 January 2010

Meeting the Orang Asli



Last weekend on 17th January 2010, aku joined program 'Meeting with Orang Asli' anjuran SIFE... Program ni bertempat kat sebuah perkampungan orang asli yg bernama ...... [x engat la plak].... Kami ditugaskan untuk mengajar orang2 asli cilik aka anak2 orang asli untuk membace, mengeja, ABC, pokoknye kene aja basic2 kindergarten or maybe primary school.


Bersame cigu2 kindergarten..Depa aja A B C!!


At the beginning aku mmg supa dupa blurr x taw nak aja n x taw cane nak aja, almaklumlah aku en da pra-university level, so kene rendahkan taraf pemikiran aku kembali cm kanak2..[poyo je~].... So, aku amek la budak2 yang da belasan tahun [Sariyah , Maznah, Khairul].. Khairul tu anak Tok baten kt stu,,so die tu seems like bijak sket la... mungkin dpt education yg cukup kot.. Si Sariyah ngan Maznah tu pandai, tp depa x pegi skolah, berhenti until skola rendah je,, kalu maznah plak, upsr pn x de,, sambung skola menengah then stop sampai f1.. Depa ni bukannye x nak belajar, cme masalah kewangan keluarga.. Maznah tu die nak skola tp parent die plak da x kasi,, so ape nak buat, terpaksa akur,, Alhamdulillah stakat sifir2 tu depa da hafal sampai sifir 5, so aku ajak depa untuk teruskan sampai sifir 6.... Then aku ajar depa care2 nak bahagi,...
Adoii, nak blaja division yg skola rendah punye ni susa gaknak aja, pasalnye, aku ni dulu2 time skolah rendah agak mengong utk division ni,,lambat pick up sket utk subjek math,,huhuh..Namun, atas guidance member tersayang Sang WANI, aku pn mampu mengajar depa espesli sariyah n maznah.......Sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran, kate2 semangat banyak dilontarkan kat depa so that depa ade spirit nak belajar..Almaklumlah sekarang kan ilmu adelah aset yg penting for survival... Antara taktik kami nk tackle depa is by memenuhkan poket2 beg, sluar baju sme la yang ade poket ngan sweets and candies,, wahaha,,,senang je kan,,huhuhu~..


Tengok laa,,Teacher Izzah aja kami,,hihih

After aku aja math, aku aja subjek kegemaran ENGLISH!! hoyea~ aja depa pasal shapes, all those Triangles, Squares, Rectangular, Circle.. Also aku aja depa body parts > basically bahagian tangan aa cam Elbow, Fingers, Thumbs, juge Face > Lips,Mouth,Nose.........




After approx 2 hours blaja, ade play time!! aku tringiiin banget nak main tengteng, so, aku ajak la adek2 aku ni main tengteng,,,, terer depa lagi dari aku, aku mmg dr dlu slalu x pas kalu mein game ni,,huhuhuuh~ Lpas mein tengteng main anak ayam ngan serigala,,best3~

Ara jadi Ibu ayam~ Ramainye anak2 die~

::Muka-muka ceria bersama anak2 orang Asli::



Nanda! ske ajak aku main keja2~


Yang x nampak muke: Otai, yg tunjuk peace 2 tangan: Jentow, twin kpd Otai, yg sorg ag tunjuk peace ngan satu tgn : Misteri boy![ x nak gtaw name kt aku sampai ke sudah]..



Genereally depa ni ade yang beragama Islam, ade jgak yang x,, so kt rumah2 depa ni banyak la anjing,, kedatangan kami pun disambut oleh 2 ekor anjing,,cuak wooo~ da la besar2 n muke pon brutal2 je anjing2 tu,,huhuh,,ade gak puppies kt bawah rumah! comel2... Kat stu sejarah ku kembali berulang apabila aku, Ara n Wani kene keja dek anjing yang terkejut ngan suara excited ku ketika ternampak seekor monyet [ayat skema da kua daa].... Lantas, mengejar kami ber 5 termasuk maznah ngan sariyah, tapi aku yang mempunyai banyak excperience dikejar anjing time kt uk aritu bertindak untuk x nak lari,, Kalu lari lagi la die keja,... So lepas kami hilang dari pandangan anjing tu [gamaknye la] anjing tu da stop keja,, pergh~~ peraasaan time tu Allah je yang tau,, cuak to the max aa.. huhuh.. Lesson: jangan kasi anjing terkejut kalu x nak kene keja... hihihi..

 

Daripada excperience ni aku dapat memuhasabah diri aku bahawa betapa bersyukur nye apabila dilahirkan di dalam keluarga yang educated dan mampu untuk memberikan aku education secukupnya sampai aku masuk Universiti cm sekarang.. Also, aku jgak bersyukur sebab aku hidup dalam kehidupan yang agak mewah compare dari depa, depa baju pn x cukup........ Tuntasnye, kite kene la bersyukur ngan ape yang kite ade,, Ucaplah ALHAMDULILLAH....

Dan (ingatlah) ketika tuhanmu memaklumakn "Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatku), maka pasti azab-ku sangat berat"
 [Ibrahim : 7]


with student2 ku~


Before balek, Maznah tanye aku, "Kak, bile nak datang lagi?? nanti datang la lagi ye" waah nampaknye mission accomplish, aku berjaye buat depa suke aku dtg.. Aku? haha prasan je tu,, depa suke kehadiran kami.. Lepas berkire2, pasni lagi 3 weeks, maybe new sem nanti la plak kot,,waah x saba2 lor..~Sebelum balik, kami bersalam2an ngan golongan2 veteran org asli kt stu...

See Ya all Again ye adek2!!!


Crew SIFE n Orang Asli.


vroom2,,away balek ke Muadzam Shah,,singgah sebentar kt KFC,,hihihi


+Pengikut2+