Monday, 12 July 2010

C U T I Chapter 1

Assalamualaikum kawan2...............
Dah lame x berceloteh kat sini,, almaklumlah bz+Malas+xde tenet = x update blog



Haritu aku cuti sem break 3 weeks,, puas puas puas hati dapat cuti lame!!!! maka seperti kebiasaan orang2 yang hidup secara nomad, aku merayau2 di sekitar Malaysia, 1st destination aku pegi is Terengganu!




Seronok dapat jumpe kawan2 kt terengganu. Dengan menggunakan skill Driving aku yg semi-pro, aku drive la sekitar Terengganu ngn kawan2. Kami sewa Viva hijau.. fuuh penat ohh bawak viva, saket badan aku,,haishh..Passangers : KYRA LINA AJA TEHAH KUCAI... pot pet pot pet dalam kete.. mulai hari tu baru aku faham ape perasaan driver apabila passengers banyak cakap, akan rase TERGANGGU!! hahahahha, papehal pn itu lah kawan2 aku x blh nak buat pape da... depa mmg cmtu...
1st destination aku is Masjid Crystal, actually mule2 nak masuk yg kt tempat banyak2 replika masjid tu, tapi memandangkan sume ahli grup kami da jatuh pokai, tunggu mase je nk bengkrap, so kami x jadi masuk, jalan2 je by the river.. usha2 orang borak2 snap2 pic.. Then singgah la kejap kt masjid kristal yang super duper banyak orang kami menyelit2 jap amek pic,then off we go.....
After pergi masjid kristal, pegi la makan2 kt mydin usha2 barang jap then tibe2 rase cam nak main bowling, maka roger la kawan2 lain >APAM & KUCAI. Depa pun xde hal so oke la,, pegi ke tmpt bowling kt Dataran shabandar tup2 da penuh, tuka la ke TER dkr Masjid Terapung yang juge penuh. Last2 kami dok je kt tepi laut kt masjid terapung aka LAGOON borak2 n sharing2 ilmu yang ade. Tepat jam 5.30pm kami gerak ke Gong Badak untuk ziarah jiran lama aku..... ALhamdulillah keadaan ayah kak Nadia seems semakin pulih. Semoga Pak Cik sihat ya! Then kami hantar Lina balek rumah teros pulang ke rumah Aja.......Tamat la aktiviti seharian kami di BANDARAYA KUALA TERENGGANU..


Banyak jgak insiden2 yang merbahaya seperti nak langgar devider, tiang elektrik 2 kali tapi itu tak menghalang kami menikmati masa bersame *cewwah...... 


Esoknya.....

Kami pergi ke Air terjun Sekayu kt mane tah tataw,, lepak2 mandi manda, main2 air dengan Suma,Kyra,Lina,Fatin,Aja........... Best! 3 kereta konvoi Honda+Viva+Waja.. Thanx to kak Yah yg sudi masakkan lunch untuk kami :) Masakan anda memang Superb! yeay~

Malam tu jam 8.30pm aku meneruskan ekspidisi masa cuti aku ke Johor Darul Takzim,
off me go!

p/s: thnx to family aja yang sudi taja penginapanku di sana :) jasamu akan ku kenang...


to be continue....

Tuesday, 15 June 2010


” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban 
dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “



kak Nana's wedding


Date: 6th June 2010
Venue: Putrajaya

Alahmdulillah sorg lagi my cousin da berjaya diijabkabulkan dengan 1 lafaz.
Although keesokan harinye aku nak final exam, tp aku tetap hadir la atas dasar keluarga.


Pernikahan berlangsung pada hari b4 persandingan which was on 5th June 2010. Tema pink putih sungguh comel :) Hari persandingan theme turquoise. Wedding ni best n menarek sebab time ni la satu family nk get together tanye2 kaba n so on..... 

 

Lepas ni plak turn mamat anak pak Di nye wedding on 24th July namun sayang seribu kali sayang aku x dapat nk join sebab ade hal yang x dapat nak dielakkan.. Surry mamat :)

sekian~

Monday, 7 June 2010


This week is Final examination for me as a foundation student
maka kene focus more to that..
Hopefully pointer kekal insyaAllah

Target: 3.7

ameen~
Doakan ana ye kawan2 
maka blogging aktiviti diberhentikan seketika 

Photobucket

"Wahai Tuhan ku ! lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah segala urusanku
Dan bukalah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapanku."

Wednesday, 2 June 2010



Sama-sama lah kita memeriahkannya..
InsyaAllah akan diadakan juga untuk mendoakan sukarelawan2 Freedom Flotilla 

-Lujnah Musolla-


Tuesday, 1 June 2010

Freedom flotilla



Pagi tadi aku melepak2 kt library bace paper harini, Muke depan sume pasal Penyerangan Israel ke atas kapal Mavi Marmara, Kapal utama Volunteers ke Gaza.
Serba sedikit pasal Misi ke Gaza FREEDOM FLOTILLA:
  • Terdiri daripada 600+ orang volunteers yang menyertai dari Malaysia, Turkey, Indonesia dll
  • Voluteers yang menyertai adalah dari kalangan Doktor, Ahli2 ilmuan, Ulama', Ahli parlimen, Student, journalist, reporter, seorang kanak2 berumur kurang 1 tahun, seorang warga emas berumur 80 tahun. basically rakyat biase BUKAN tentera.
  • Membawa muatan lebih kurang 10 tan yang berupa barang2 medical, makanan, fuels, dan lain2
  • Wakil Malaysia adalah seramai 12 orang yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif  dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) 
Sepanjang perjalanan mereka dari Turki, mereka sentiasa bermunajad, memohon kepada Allah memudahkan perjalanan mereka.Ada yang mengikuti kelas bahasa arab dan lain lain.

Sampai harini, 19 orang telah syahid (beruntungnye depa) dan 50 orang cedera. MasyaAllah banyaknye dugaan ke Gaza, depa time kene serang tu da dekat sangat2 dengan gaza which is 65km dari Gaza. Dan harini masih tataw ape yang terjadi sebab bilik media depa telah dikuasai oleh tentera israel.

Tadi aku ade tengok klip news RT News kt Moscow. Salah seorang pembaca berita menemu ramah wakil dari Israel , Dr Raa'anan Gesen bekas penasihat Arel Sharon kt Tel Aviv dan Abdul Karim wakil dari pemimpin Palestine dari West bank. 
lebih kurang isinya begini:

"Mereka menyerang untuk mempertahankan diri mereka dari Hamas,Setiap negara mempunyai hak untuk melindungin negara masing-masing dari musuh. Segala kekecohan yang berlaku di Palestine semua adalah disebabkan oleh Hamas bukan Israel. Israrel aade supply human aid seperti ubat2 dan lain2 kepada penduduk Gaza, dan Freedom Flotial have nothing to do with the human aid. Iran adalah terrorist base country (isu Nuklear)"

Actually aku x brape nk faham ape yg die cakap, tp basically die kate cmtu lah, dan ade kait2 ngn Nuklear2 whatever, mean die nak kate yang ade terrorsit yang berselindung di sebali kapal Mavi Marmara tu. Apekah Hamas yang wajar untuk dipersalahkan dalam hal ni?
aku pun musykil kenapekah mesti menyerang kapal yang terdiri dari orang-orang yang tak bersalah? Alasan lain yang diberikan oleh komando israel ialah mereka membawa senjata tajam. Volunteers tu suma adalah rakyat biasa yang tak bawak apa-apa senjata bukan saje untuk berperang malah untuk memeprtahankan diri pun tak de, apekah ini yang mereka katekan sebaga terrorist???

Wahai masyarakat dunia tolonglah celikkan mata anda. Sudah terang lagi bersuluh menunjukkan kekejaman dan jenayah yang telah mereka lakukan. Pasukan keamanan PBB tolongla lakukan something........... OIC gerakkan negara-negara anda untuk membela nasib rakyat palesti yang dah lame tak terbela.
 Ya Allah aku tringin sangat nak pegi ke sana................. Palestine, Al-Quds.....


segala updates if kawan2 nak tengok, boleh la access website Lifeline4Gaza or Palestinkini.info

"Ya Allah berikan lah kejayaan kepada mereka atau berikan lah mereka syahid seperti yang telah kau janjikan kepada hamba-hambamu yang berjuang ke jalan Mu, Bantulah kami dalam melawan golongan-golongan yahudi, nasrani ini yang sememamngnya tidak akan meredhai agama mu ini sehingga kami tunduk kepada mereka. Sesungguhnya, kami tidak akan tunduk kepada mereka. Ya Allah jaga lah hati kami dari berbolak balek darimu, kami tidak mahu tunduk kepada mereka.. Ya Allah bantulah kami, kabulkanlah doa kami Ya Allah......................... ameen ya rab al-alameen"


Sunday, 30 May 2010

Penghinaan..



"Dan orang orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka....."  Al-Baqarah:120

Saya rasa dah ramai yang penah tgk picture di atas..Salah satu bahan pameran kt Pameran Seni kt Spain. I'm not sure where, but i will find it out and i want to be there!! 

Ia adalah salah satu bentuk propaganda Yahudi untuk menghina Islam.. Mereka sentiasa merasakan mereka adalah bangsa yang terbaik di muka Bumi ini. Kenape? Kerana most Nabi-Nabi dari kalangan mereka : Bani Israel. Except for Rasulullah S.A.W iaitu dari Arab Quraisy.

Maka ape yang perlu kite buat? nak robohkan pameran tu?? nak bunuh sume orang Yahudi?? nanti kate Islam itu terrorist, then Islamophobia pule,
herm,, tepuk dada tanya Iman ye bukan tanye Selera. Scan hati, Scan Iman tengok ape yang tak cukup. Kite pertingkatkan Ibadah, perteguhkan Iman, Perbanyakkan Ilmu pengetahuan...
Kerana dengan Aqidah yang kukuh, Iman yang Tebal, Ilmu pengetahuan yang penuh di dada InsyaAllah kita mampu untuk menghadapi semua ini..........

Wallahualam...
p/s: maaf jika x de input sangat, just expressing my feeling, :)


 

Saturday, 29 May 2010

uzlah 2010

Saja2 kali ni aku nak jugak cari something untuk di-post kt blog tercenta ini.. lupe pule senanye aku x cite lagi pasal uzlah.. 

Uzlah PPI 2010
Date: 7,8 & 9 May 2010
Venue : Pusat Islam Ibnu Khaldun (PIIK) aka Balai Islam

Mesti ramai tertnya-tanya uzlah tu apekah? Well uzlah tu dalam bahasa arab, yang bermaksud mengasingkan diri something like that la,, bakkate kak alya. Tapi in this case uzlah adalah kursus kepimpinan and introduction to PPI khas untuk Saf2 kepimpinan PPI yang baru. 

Dalam program tu ade macam2 aktiviti contoh: ceramah,games, talk pasal cane nk buat proposal dll. Aku belajara macam2 la time program ni. Disamping nk belajar, program ni pun bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah n silaturrahim among ahli, sebab kite kan akan bekerja bersama-sama selama setahun, cane nk kerje if x kenal,, kan kan kan???

Selain dari tu, kami kene plan program for a year and present kt depan MTs,,huhu rase cm time tu nk bentangkan proposal kerje kt majikan je, then depa (MTs) akan pilih yang manekah aktivit2 yang bersesuaian., aku kalau bab2 aktiviti ni idea mencurah2 ke ladang gandum.  Maka kami Lujnah Musolla kene la buat program yang berasaskan ke-Musolla-an altho ade juge yg lari2 sket 

  • Qiamullail perdana
  • Smart solat kids 2
  • Imam Bilal dan Solat
  • Lawatan ke taman tamadun Islam
  • Love= tan90
and aktiviti wajib yang kami kene buat are: 
  • Tarawikh n bukak puasa
  • Qiamullail Perdana
  • Solat hajat Final Exam

Sume lujnah ade idea masing2 kadang memang x terfikir pun nk buat bende tu, namun dalam banyak2 aktiviti tu ade 6 aktiviti yang dipilih. tapi Mr presiden kate nanti kalu ade penambahan depa akan gtaw.. aktiviti2 tersebut ialah(terime kaseh Tuan2 n Puan2 Mts):
  • Zero to Hero
  • Qiamullail Perdana (our's,, yeay us! alhamdulillah)
  • First gathering
  • Photoshop
  • Ukhuwah Fillah
  • Talk 2012 siri ke2
  • Karnival Makanan Halal

Lujnah Musollah telah diberikan tugas untuk membuat proposal untuk Qiamullail Perdana pada bulan Ramadhan nanti,, fuuh,, bulan Ramadhan nanti Musolla paling bz, tp xpe amanah telah diberkan maka kene pikul dengan rasa tanggungjawab.

Partner Musolla - Hulubalang Fadel , Maharani Tim, Princess Izzah 

Alhamdulillah aku rase senang bile berada dengan depa. Sume baik2 n supportive, semuga ukhuwwah yang terjalin akan kekal sampai ke akhirnya, bukan just sampai mu'tamar next year ye!!


"Sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang berjuang di jalanNya di dalam barisan seperti binaan yang kukuh"  -As-Saf:4



 

Wednesday, 26 May 2010

Bloggerz award



oke for the 2nd time aku dapat award ni...
maknenye blog aku memang terbaek dari ladang 
hehehe...
thnx ANEM!!!

Monday, 24 May 2010

Aktiviti dengan warga wargi pekaya

 oke ni 2nd aktiviti yg aku pegi last week...

JEJAK MENARA 
Tarikh: 20 May 2010
Tempat: Masjid Negeri Pahang, Kuantan
Anjuran: Persatuan yayasan AnakYatim Pahang (Perkaya)

aku jadi fesi untuk program kali ni,,, sungguh seronok.Ade banyak modul yang dijalankan. And sume module yang dijalankan dilaksanakan pasti ade sebab dan tujuan serta matlamat yang akan memberikan manfaat kepada pelajar dan fesi juge :)

 
me and my partner of the day > amzar
Ape yang aku dapat tengok la daripada adek2 ni depa ni pemalu sangat,, sangat3 pemalu, well,sebenarnye depa ni bukanla sume anak yatim, tp ade jugak yang dok kt rumah kebajikan atas dasar keluarga yang miskin, dibuang keluarga dan lain-lain. aku xde la tanye sebab takut mengguris perasaan depa, almaklumlah depa ni sensitive. Grup aku group 8 : Bakal Pemimpin bangsa.. nampak la dalam kesusahan depa tu ade kesungguhan untuk belajar, 


At first depa ni cm malu2 nak cakap with each other, namun after a few hours nampak la sedikit perubahan, depa da boleh cakap2 dah boleh gurau2 n tego2 each other.. Alhamdulillah,, tu la antara matlamat kami untuk buang sifat malu terlampau depa, Bukan lah bermakna kami nk buat sifat malu tu secara total, tapi nak depa berani untuk bersuara dan jangan jadikan kekurangan yang ade pada diri itu sebagai satu halangan untuk maju, malah jadikan ia satu cabaran dan kelebihan untuk terus bergerak kehadapan, insyaAllah

Daripada program ni aku bukannye nak ajar depa semata mata, tapi aku nk didik diri aku n nk bawa diri aku untuk bermuhasabah dan bersyukur dengan ape yang aku, betapa aku ni beruntung apabila masih ade ahli keluarga yang masih sayang kt aku masih ade parent, hidup makan sume cukup x de sape nk buang aku. And sepanjang program aku sentiasa memperingatkan diri aku agar menghargai ape yang aku ada..
IZZAH BERSYUKURLAH!
Dari program ni jugak aku rase sronok sebab dapat ramai kawan baru, although most of the fesi tu aku memang da kenal. 
-amzar-Abg feruz-Abg syafix-Kak lela-Bella-Ain-Fizi-Sab-AbgAidil-
-Abg Hadi-Arra-Izzah_abgNaqib-KakYana-AbgMisteri-Nafili-AngTAjul-Zira
-Kak Ika-

Akhir kalam (cewwah), aku doakan agar depa2 ni berjaya dalam hidup n sentiasa diberkati Allah..insyaAllah........ Adek2 sekalian belajar rerajen taw!! jupe lagi insyaAllah...


Wahai Tuhan kami! Berilah rahmat kepada kami dari sisimu dan sediakanlah
Petunjuk bagi kami dalam urusan kami ameen ya rabbal alamin~


+Pengikut2+