Saturday, 10 April 2010

bestnye jadi GIRL!!








Kaum feminis kata susah jadi wanita, lihat saja peraturan di bawah ini: 




1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki. 
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki. 
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki. 
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya. 
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. 
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA". 

Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ? 

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 
2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya? 
3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan,ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak. 
4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya. 
5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita, iaitu : Isterinya , ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. 
6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu : solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya. 
7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH,maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita. Ingatlah firmanNya,
 bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut / tunduk kepada cara-cara / peraturan buatan mereka. 

Yakinlah, bahawa sebagai dzat Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu akan manusia, sehingga segala hukumnya / peraturannya, adalah YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan/hukum buatan manusia. 

Jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu terhadap isteri. 

Berbahagialah wahai para muslimah. Jangan risau hanya untuk penghargaan di dunia ini. Tunaikan dan tegakkan kewajiban agamamu, nescaya syurga menantimu.


proud to be GIRL! 


credited from Macik amy's fb post   





Tuesday, 6 April 2010

Syaitan dan Villagers

One day di Villa d'Avenue, my ayah story satu kisah to my brother n sisters.. Where is me? me kt Tanah Melayu lorh..So ciplak dr blog Epah... 

It start when, ade la Pakcik ni nak pi solat subuh; pastu kan gelap, ye la kat kg mesti la x dek lampu. Pastu 'on the way to surau' si Pakcik nih terjatuh, pastu dier pi balik n tuka baju, pastu dier pi la balik [nak pi surau] pastu jatuh lg, pastu balik umah tuka baju lg, pastu bile si Pakcik ni 'on the way' to surau' dier ternampak sorang hambe allah pegang obor.pastu si hambe allah ni tawarkan diri la nak bawak si Pakcik ni pi surau. Bila dah sampai surau, si Pakcik ni ajak la si hambe ALLAh ni masuk..



Pakcik: masuk la nak ke surau

Hamba ALLAH: saya tidak boleh masuk

PakCik: Kenapa?

Hamba ALLH: sebab saya syaitan.

Pakcik: ...?...

Hamba Allah: sebenarnya saya lah 'HAMBA' yang menolak Pakcik 2 kali waktu pakcik 'on the way' to surau. 1st time bile pakcik jatuh n balik umah tuka baju, ALLAH ampunkan semua dosa pakcik.Kali kedua pakcik jatuh n balik umah tuka baju, ALLAH ampunkan dosa penghuni umah pakcik, dan saya tidak mahu pakcik jatuh kali ketiga kerana saya tidak mahu ALLAH mengampunkan dosa orang kampung ini.

Betapa Syaitan ingin membawa anak adam ke neraka bersama samanya.. 
Nauzubillahiminzalik~






Wednesday, 31 March 2010

April Fool dan Muslim




1April setiap tahun pasti semua orang tahu hari di mana anak2 muda terutamanya akan meraikannya dengan lawak atau kejutan, termasuklah pemuda pemudi Islam. Namun adakah anda sedar apa kisah disebalik April fool day atau juga dikenali sebgai April Mop?

Hayati kisah sadis ............

Setelah Sepanyol berjaya dikuasai Islam oleh Tariq bin Ziyad pada abad ke-8, Sepanyol adalah negara yang harmoni, bebas dari Muzik, pergaulan bebas, arak dan lain lain.Ini kerana ramai orang bukan Islam memilih untuk masuk Islam setelah melihat keharmonian yang dibawa oleh Islam. Mereka memilih untuk mengamalkan Al-quran didalam hidup mereka.

Namun kegemilangan ini hanya mampu bertahan selama 6 abad. Seperti kebiasaannya orang-orang kristian pada masa itu sentiasa berusaha untuk membersihkan Sepanyol dari Islam. Maka, mereka menggunakan serangan pemikiran dan budaya kepada umat Islam disitu iaitu dengan menyeludup Arak dan Rokok secara senyap ke wilayah Sepanyol. Mereka turut melantik ulama-ulama palsu yang akhirnya mengakibatkan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Akhirnya  Islam runtuh di tangan tentera salib secara kejam dan tidak berperikemanusiaan. 

em,, apa kaitannya dengan APRIL FOOL???

well, April fool ini dikaitkan dengan peristiwa berdarah yang berlaku di Granada, Sepanyol. Dimana, apabila tentera salib berjaya menguasai Sepanyol, orang Islam duduk bersembunyi di dalam ruma untuk menyelamatkan diri masing masing. The tentera - tentera salib ini masih tidak berpuas hati dengan kewujudan orang islam di bumi Sepanyol. Maka mereka memberitahu dekat orang Islam yang mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang- barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal yang berlabuh di pelabuhan. Ada di antara orang islam yang rasa syak dengan informasi tu, jadi mereka pergi buat confirmation sendiri pegi dekat pelabuhan untuk melihat sendiri. Setelah berpuas hati, mereka pon bersiap siap untuk bertolak berlayar keluar dari Sepanyol. Keesokan harinya  mereka pun menuju ke pelabuhan. Pada waktu inilah orang kristian mengambil kesempatan untuk membakar rumah rumah orang Islam. Bukan itu sahaja malah, Orang- orang islam ini tak dapat untuk berlayar keluar kerana tentera salib telah pun membakar kapal-kapal di pelabuhan tersebut.  Akhirnya mereka dibunuh oleh tentera salib tak kira lelaki,wanita, orang orang tua dan kanak kanak.

Berikutan peristiwa ini lah wujudnya April fool. Masyarakat seluruh dunia menyambutnya termasuk lah orang-orang islam. Jadi sedarlah saudara saudariku se-Islam tentang hakikat sebenar April fool.. Semoga kita diampunkan oleh Allah kafarah kafarah dosa yang lalu.. Astaghfirullah hal adzim....


“sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian daripada mereka”. Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiah: Sanadnya Jayyid.



edited by IZZAH..




Saturday, 27 March 2010

Sms??

Sape da bace pretend x pena bace k!!

1.A’kum .Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk.




Dah lama sy 



prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la 




dgn tudung labuh awk. Sy harap kite leh brkenalan. ..



ukhuwah filla h org kate. .sy x terer sgt arab ni...



2. Trima kasih krn mnerima sy.




Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk da



mgikut syariat.

Sy tau sy bukan baik sgt

tp demi Allah , sy cuba wat yg trbaik utk awk…


3. Ingat tau, jaga aurat leklok..




jgn bagi org lain nmpk. . kuar ngan kwn2 tau..

jgn sorg2 . .blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..



4. Wak, nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2 . . ye..mmg sy xde hak pun. .sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne.




Kite slalu nmpk dari jauh jek..tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, Wak. .awk cinta sy x? xnk bgtau .. tp sy tau awk cinta sy. .awk da malu nk

jln tmpt sy lepak sbb malukan? . . kih3. .tq..

i love u too..


5. Wak, selain family, Allah dan rasul Nyer. .




awk sayang sape ek? Sapa saya dlm hati awk?


6. Wak wak. .dr kawan kite just pggl sy awk je..




mcm x special plk diri sy utk

awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni.
(Peers influences)

Pggl ayang .. bole ke? Awk pggl sy bi

ek? Rasa mcm baby (Baby tua) sket. X salah kan. .

just panggilan je. . thanks ayang ..

love u. ....



7. Yang.
kekdang bi tgk ayang ni
mcm x prcaya bi je.
Yela, bi just
tanya ayang pkai apa je kan ..
tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat ayang ni. ...
hihihi..

8.Yang bi nak ayang tau, ayang lah segalanya utk bi,
(bijak dalam mengayat) ayang la pmberi semangat utk bi...
yang. . . ..bi harap bi ngan ayang xde rahsia lagi ek..
jgn risau . . inikan
membuktikan bi caring..
so jgn risau . . k. . yeye.. .
bi janji kan jaga rahsia kite. . just msg je kan. . love u..

9. Ayang ..da lama kite msg,
leh kite jumpe x? ye. . ayang bwk la kawan 2 k..tq
ayang .....

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg..
abg tggu lame da. .abg tau.. . kite x leh pakse dlm
hubun gan. .la iqra hafid din (tiada paksaan dalam agama... haih,, pandai betol die ni mencampur adukkan). . hehe. .
sikit sikit je. . kih3. .
11. Hi ayang , watpe 2? Nk ckp sket. .
nape ayang bwk satu battalion nak jumpa abg? ...
ayang x caye kat abg eh.. huhu. .

12. Ayang . . kite jumpe k? . .abg suka ayang pakai
tudung yg abg beli tu. .cam
wardina lak. .bkn ayang x cntk. .
just nmpk mkn cntk la. . nipis sikit je..
nnt jumpa nnt ayang bwk sorg dah la k..

13. Ayang . .abg sory ngan apa jd td..
abg trsentuh jari ayang td.. Tol gak ckp
ayang eh, trsentuh xpe. . ter. .
hehe. . makin tebal la pulak cinta abg kat ayang ..
14. Tq jumpa td, ayang cntk la..
Ololo . .abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe. .
Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek. . hoho. .
tgk td kwn ayang cam ske kat kwn abg je..
senang la kita jumpa pasni ..
tgk. . Allah memberkati hubungan kite. .
ayang solat dah ke? Doakan abg
skali ek. . miss u..

15. Ayang . . just nk tanya ..
ayang cinta bg berap a percent? Apa tanda nya eh?
50% je. . . huhu. . yang. .just nk tanya . . 
rambut ayang panjang x?
(aurat la der.. mne bole bgtawu)




just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek..
yg abg bg kat ayang tu.. Ayang ..bg la gmbr
ayang special untuk abg yg pakai tudung td 2..
Cntk nye ayang . . gambar ni nak wat
wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang. . ayang cinta kan abg berap a percent?
Sepenuh hati? ?? Thanks ayang . . love u too..
18. Ayang ..da lame kita couple kan..
xkan abg pegang tgn pun nak
marah .. (BUKAN MUHRIM DER!) ayang kan milik abg. .
Thank 4 being under standing. .

19. Ayang kata ayang cinta kan abg sepenuh hati. .
kalu gitu. .apa buktinya
ayang cinta kan abg. .?

jeng jeng jeng

SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR.. ....

PEGANG TANGAN- TERABA-  TERLANJUR- 
TERBUNTING -  TERBUANG ANAK-
TERMALU- ; TERTEKAN- TERSEKSA-  TERBUANG- -
JIKA INI BERTERUSAN , MUNGKIN TERBUNUH DIRI. ...

semuanya TER aje kan. ...

TER KE? ????


Photobucket

Tepuk dada, tanya iman. .


credited from iluvislam and edited by IZZAH





Thursday, 25 March 2010

My new Family

Selepas mu'tamar thanawi last month,
aku dapat family baru! family untuk sama2 berkerja menggerakkan persatuan 
di samping ke arah misi utama  

 untuk mengembangkan dakwah di 
kalangan pelajar Uniten

specific-nye student uniten kshas.
Maka, kene la pk program especially untuk Lajnah Musolla. 
apekah yg nak dibuat eyh?, 
uzlah da dekat ni....  
FIKIR FIKIR FIKIR! 

Although saya adalah ahli girl yg termuda, saya rase excited nk bekerja ngn abg2 n kakak2 nanti! yeay me!



Photobucket
sape ade idea abt program yg nak dijalankan oleh ppi, gtaw je la ye!
kami trime ngn hati yg terbuka...


Wish me luck ye kengkawan!




+Pengikut2+