Thursday 29 July 2010

Rezeki di pagi Jumaat

Kaifa halukum jamiian alyaum? hopefully as fit as fiddle yo! *bahasa buku*

Di suatu pagi yang hening jam 8 am aku, Ain n Bellaas well as Munir bergerak keluar untuk ke Kelas.. dalam hati aku berdoa "Ya Allah, bagilah kelas pagi ni cancel, sebab ngantok sesangat1000 ameen"  Tiba tiba jeng jeng jeng.. "arruhul jadid fijassadil ummah....." (Ringtone fon aku) oh Arel call.....

Arel: Hello2.. wey ko kt mane??
Izzah: Aku kt luar Ilmiah nak pegi kelas ni..
Arel : dah3 balek3.... Kelas Cancel Sir tampal kt pintu kelas.
Izzah : ohh yeke,, yes yes (Alhamdulillah ujarku dalam hati hehehe) thnx bro...bye
Arel: orait,, bye

(Dialog diatas diubah sedikit mengikut kesesuaian)

Yess kawan2 jom balek kite sambung tido.....Plan awal camtu lah. Tapi, Ain ngn Bella ajak pule aku pergi ke Wisma. Alkisah senanye kami AJK Biro Kebajikan kene kutip derma untuk diberikan kepada keluarga susah sempena program 1Malaysia. Jadi kami kene la pegi ke wisma untuk kutip derma. Dekat  wisma kami dapat banyak derma dari staf staf kt stu. Kami mulakan dekat Department Kewangan. Time kami kutip2 tu nampak depa cm tenga ready untuk sesuatu.

Nak dijadikan cerita rezeki kami gamaknye, time kami kutip2 derma tu depa staf2 tenga ready2 nak buat tazkirah pagi, Encik Rosli ajak la kami dengar skali, actually mule2 kami cam sesegan... tapi setelah di-consider kami pun berdiri la sama dengar ape yang di-tazkirah kan. Pada hari tu aku dapat la ilmu sikit tentang Amalan-amalan yang terbalik yang diamalkan oleh masyarakat harini, sedikit sharing :


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati 

selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan 

seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di 

mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk 

keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga 

tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan 

belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir 

makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim 

yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum 

dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 



2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam 

berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak 

dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau 

ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya 

kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke 

kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi 

makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas 

dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, 

pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu 

perbuatan yang terbalik. 



4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan 

nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, 

sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang 

supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 



5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat 

malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah 

seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 



6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang 

berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan 

setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa 

adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di 

bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 



7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri 

sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri 

pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari 

bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat 

kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 



8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. 

Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau 

anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu 

hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru 

tuisyen sanggup dibayar sebulan RM200.00 tapi kepada Tok Guru Quran nak 

bayar RM15.00 sebulan pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan 

kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran 

atau bersolat dari tidak lulus periksa. 



9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, 

mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi 

peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak 

ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia be gin i, 

rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 



10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, 

bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan 

yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias 

untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga 

kurang bahagia. 



11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk 

gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak 

benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain


Renung2kan lah....
Lepas dengar tazkirah kami pun nak beransur pulang lah ke tempat lain, lps tu kami digesa oleh Encik Rosli, Ustazah dan lain lain untuk join depa makan...Alhamdulillah save bajet aku pagi tu x payah nak beli breakfast. Maka betol lah bangun pagi mmg murah rezeki... 

Akhir sekali aku rasa bersyukur sebab aku tak trus balek n sambung tido tadi :) banyak pengajaran aku dapat pagi tu.. Alhamdulillah..............


5 Ucap-ucapan untuk izzah:

yad_element said...

lepas ni ko kalo nk kuar kene mintak izin aku ye.. tau2.. jgn nkal2.. hua3

izzah said...

erk,,
nape kene mntak izin ko plak

yad_element said...

adela sebabnye.. hehe

Izzat Syamil said...

your post this time, i loike. btol bgn pg murah rezeki, terima kasih kerana menyedarkan aku..haha.skrng aku cube try x tdo lps subuh..

izzah said...

gud boy!!
mesti bella seronok,,

+Pengikut2+