Saturday 10 April 2010

bestnye jadi GIRL!!








Kaum feminis kata susah jadi wanita, lihat saja peraturan di bawah ini: 




1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki. 
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki. 
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki. 
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. 
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA". 

Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ? 

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 
2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya? 
3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan,ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak. 
4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya
5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita, iaitu : Isterinya , ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. 
6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu : solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya
7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH,maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita. Ingatlah firmanNya,
 bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut / tunduk kepada cara-cara / peraturan buatan mereka. 

Yakinlah, bahawa sebagai dzat Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu akan manusia, sehingga segala hukumnya / peraturannya, adalah YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan/hukum buatan manusia. 

Jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu terhadap isteri. 

Berbahagialah wahai para muslimah. Jangan risau hanya untuk penghargaan di dunia ini. Tunaikan dan tegakkan kewajiban agamamu, nescaya syurga menantimu.


proud to be GIRL! 


credited from Macik amy's fb post   





4 Ucap-ucapan untuk izzah:

Izzat Syamil said...

haha..tp aku rase jd lelaki lg best..hahah

yad_element said...

that why la skang ni ramai laki nak jdi pompuan... haha

izzah said...

Izzat: alah ye la tu tp girl lg senang nk dapat pahala,,wekkk

chosimba's master: waw,, reason yang menarek! huhu

Anonymous said...

ye2..i agree wit u!!..kte kne bangge jdik kaum hawa..walaupu kdang2 kami ditindas..hihihi..kte de gak bce bberapa aktikal tetang keistimewaan wanita..huhuhu

+Pengikut2+