Sunday 19 July 2009

Kisah Isra' Mikraj

Assalamualaikum,, esok tanggal 27 Rejab is Isra' Mikraj di mane berlakunye perjalanan Rasulullah dari Mekah ke Masjidil Aqsa dan baginda trus ke Sidratul Muntaha ... This time ana bukan nak cite sal Isra' Mikraj cuz ana rase sume org da taw! tp bg sesape yg tataw boleh la bertanye kpd ustaz masing2.. [ayat penuh kesekemaan]..Anyway, just to share some of the pengajaran from the peristiwa untuk kite same2 renungkan kembali:
  1. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan.
  2. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya.
  3. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi
  4. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui.
  5. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.
  6. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda.

Sekian, wassalam~~

credit from Farhan's Bulletin @ friendster

1 Ucap-ucapan untuk izzah:

aMaddun said...

gud post.. keep posting !!

+Pengikut2+